Thursday, August 26, 2010

Destinasi ku...

salam ukhwah,

sudah lame tidak ku layari blog aku ini..takkala busy dgn program..yang pasti aku bukan seorng penggemar blog yg sepenuhnya..

Hari ini, aku kira, aku membuat suatu keputusan yg sukar. Ada yg berpendapat, aku harus bertanding MPP, ada juga berpendapat aku harus bertanding untuk Presiden PRS. Takkala berada dua persimpangan, aku hanya mengambil jalan lurus, yang kekal dan optimis untuk tidak bertanding dalam mana-mana jawatan. Apa erti semua tindakan ini?..

Hari ini , akan aku jelaskan pada semua:-

1. CGPA ku tidak melebihi 3.0.

2. Tanggungjawab bersama keluarga

3. Aku fikir, destinasi ku perlu berkembang untuk mencari peluang lain untuk memperbaiki diriku.

4. Aku menimba pelbagai ilmu tanpa kokongan daripada mana2 organisasi yg memerlukan suatu komitmen yg tinggi.


Wahai teman, aku bukan wira untuk menyelamatkan mana-mana organisasi. Seorng "wira" hanya dapat pengiktirafan jika dia benar2 bersedia dengan kelengkapan untuk menjadi "wira". Aku bukan wira kamu..tpi aku sayang kamu PRS..Kerana sayangku pada PRS, aku menolak segala jawatan yg ditawarkan oleh mana2 organisasi yg mengenali diriku termasuk kelab Bahas.
Aku optimis pada kalian, cume atas dasar dan 4 faktor , aku terpaksa berundur diri

Wahai teman, prinsip hidupku berpegang pada amanah dan tanggungjawab. Adapun tindakan ku untuk tidak menjadi Presiden PRS, kerana ade sebilangan ahli tidak puas hati dengan sikap ku yg tegas dan lantang bersuara tanpa memahami perasaan orng lain. Ya, aku akui aku lantang bersuara, aku lantang menegur.Terima kasih kerana menyembunyikan perkara ini daripada saya, takkala kalian lansung tidak cuba untuk menasihati diriku.

Sahabat, aku berpegang pada prinsip "amal makruf nahi mungkar"..Jika aku salah, perbetulkan aku. Tidak molek untuk kalian selindungkan hati kalian. Aku jujur pada kalian dengan kelantangan teguran ku, tapi adakah kalian jujur pada diriku?..tidak...Walaubagaimana pun, sya akan tetap cuba untuk berubah untuk kebaikan kita semua.

Aku berani keluar daripada suatu kelompok yg sngt hebat di mata universiti..Ada kata, aku menghancurkan masa depan sendiri..Aku tidak mengejar jawatan, hidupku berpaksi pada "maruah dan harga diriku", dengan ini kalian sendiri ukur dan fikir tentang diriku..

MPP?...klau aku berminat dlm jawatan MPP, aku aku bersedia dengan menjadi ahli sub exco mpp, tetapi sayangku tetap pada PRS..


Saya harap kalian berdoa kesejahteraan perjuangan hidup ku. Aku mahu dikenali sebgi seorng yg tegas pada prinsip hidupnya. Aku juga bercita-cita untuk menjadi salah seorng pemimpin di Malaysia, moga kalian doakan yg terbaik buat diriku..Kelak bila aku mahu jadi pemimpin, aku akan kata, aku "bersedia"..Kini, aku sedang mengatur langkah dan perbaiki percakapan ku yang aku rase perlu, sbgai suatu modal untuk meningkat maju dan pergi lebih jauh dalm arus politik kelak..

Maaf kerana aku berundur daripda mu, tapi aku tetap sayang kamu PRS..