Wednesday, September 1, 2010

Dewasakah aku?

Dewasakah aku?....

Aku sebaik mungkin cuba mungubah diriku supaya menjadi terbaik..

Aku bukan boneka...

Hidupku berpegang pada prinsip..

Aku juga mau hidup sperti kalian..

Dewasakah aku?..

Hati aku hanya ada perkataan amanah..

Nilailah hatiku dan bukan peribadiku..

Dewasakah aku?

Thursday, August 26, 2010

Destinasi ku...

salam ukhwah,

sudah lame tidak ku layari blog aku ini..takkala busy dgn program..yang pasti aku bukan seorng penggemar blog yg sepenuhnya..

Hari ini, aku kira, aku membuat suatu keputusan yg sukar. Ada yg berpendapat, aku harus bertanding MPP, ada juga berpendapat aku harus bertanding untuk Presiden PRS. Takkala berada dua persimpangan, aku hanya mengambil jalan lurus, yang kekal dan optimis untuk tidak bertanding dalam mana-mana jawatan. Apa erti semua tindakan ini?..

Hari ini , akan aku jelaskan pada semua:-

1. CGPA ku tidak melebihi 3.0.

2. Tanggungjawab bersama keluarga

3. Aku fikir, destinasi ku perlu berkembang untuk mencari peluang lain untuk memperbaiki diriku.

4. Aku menimba pelbagai ilmu tanpa kokongan daripada mana2 organisasi yg memerlukan suatu komitmen yg tinggi.


Wahai teman, aku bukan wira untuk menyelamatkan mana-mana organisasi. Seorng "wira" hanya dapat pengiktirafan jika dia benar2 bersedia dengan kelengkapan untuk menjadi "wira". Aku bukan wira kamu..tpi aku sayang kamu PRS..Kerana sayangku pada PRS, aku menolak segala jawatan yg ditawarkan oleh mana2 organisasi yg mengenali diriku termasuk kelab Bahas.
Aku optimis pada kalian, cume atas dasar dan 4 faktor , aku terpaksa berundur diri

Wahai teman, prinsip hidupku berpegang pada amanah dan tanggungjawab. Adapun tindakan ku untuk tidak menjadi Presiden PRS, kerana ade sebilangan ahli tidak puas hati dengan sikap ku yg tegas dan lantang bersuara tanpa memahami perasaan orng lain. Ya, aku akui aku lantang bersuara, aku lantang menegur.Terima kasih kerana menyembunyikan perkara ini daripada saya, takkala kalian lansung tidak cuba untuk menasihati diriku.

Sahabat, aku berpegang pada prinsip "amal makruf nahi mungkar"..Jika aku salah, perbetulkan aku. Tidak molek untuk kalian selindungkan hati kalian. Aku jujur pada kalian dengan kelantangan teguran ku, tapi adakah kalian jujur pada diriku?..tidak...Walaubagaimana pun, sya akan tetap cuba untuk berubah untuk kebaikan kita semua.

Aku berani keluar daripada suatu kelompok yg sngt hebat di mata universiti..Ada kata, aku menghancurkan masa depan sendiri..Aku tidak mengejar jawatan, hidupku berpaksi pada "maruah dan harga diriku", dengan ini kalian sendiri ukur dan fikir tentang diriku..

MPP?...klau aku berminat dlm jawatan MPP, aku aku bersedia dengan menjadi ahli sub exco mpp, tetapi sayangku tetap pada PRS..


Saya harap kalian berdoa kesejahteraan perjuangan hidup ku. Aku mahu dikenali sebgi seorng yg tegas pada prinsip hidupnya. Aku juga bercita-cita untuk menjadi salah seorng pemimpin di Malaysia, moga kalian doakan yg terbaik buat diriku..Kelak bila aku mahu jadi pemimpin, aku akan kata, aku "bersedia"..Kini, aku sedang mengatur langkah dan perbaiki percakapan ku yang aku rase perlu, sbgai suatu modal untuk meningkat maju dan pergi lebih jauh dalm arus politik kelak..

Maaf kerana aku berundur daripda mu, tapi aku tetap sayang kamu PRS..

Thursday, June 3, 2010

Allah Sedang Menguji ku..

~Ya rabbi, Ya Muhaimin, Ya karim...Allah humma Ya Allah...

~Ya allah, setiap detik, setiap saat, setiap jam, engkau melihat hamba mu ini. Di saat, kian program ku makin hampir. Banyak dugaan yang hadir.

~Ku hampir mengalah, ku hampir kecundang, ku hampir jatuh. Tekad, redha dan sabar, aku pegang. Inilah dugaan.Segala2nya akan mematangkan diriku. Jika hari ini, aku gagal menempuh onk dan duri ini, maka gagal lah aku dlm kehidupan ini..

~Berpanjikan kepada tasbih mu ya allah, aku pegang pada kekuatan ayat2 suci mu..

~Kalu kisah cinta dalam Ayat2 cinta sungguh besar dugaannya, dugaan ku hanya setitik sahaja..

~Kepada teman2 yang membaca post ini.."Sungguh pun Allah menguji ku dgn dugaan, aku tetap konsisten dengan amanah yang dijulang!..Amanah ku adalah untuk mendidik anak bangsa, amanah adalah jihad agama!, aku akan teruskan, walaupun apa jua dugaan yang bakal di tempuh..."....Saya selaku Ketua Pengarah Program PINTAR 2010, akan komited dgn tanggungjwab yg dipikul dan aku akan julangkan syiar Islam dalam program PINTAR kali ini!..Allah hu akbar

Friday, April 9, 2010

M.I.S.S....of my TIME


huhu.......Skrng, kwn2 aku blik kampung...aku plak terperangkap di UNITEN...huhuh...nape?...ini jawapannyer..


Aku berprogram.....Perkara keliling menjadi semakin mencabar...aku tidak hairan ia mencabar atau tidak..Aku lebih suke bile ia mencabar...Cume rase tertekan sedikit, bile banyak perkara kene lakukan dengan pantas..Aku tabah dan sabar, dengan setiap ujian allah..Dalam hidup ini , klau kita duduk diam seketika, x semestinya kita gembira..Ada orang kaya, harta banyak, tpi x gembira juga...Allah itu MAHA Adil..

Daripada awal sem, hidup ini penuh dengan rintangan..Pada awal sem hari 2, test aku byk down...secara jujurnya kerana perancangan program aku...Alhamdulilah, aku tingkatkan kembali dalam test 2 aku...Final exm boleh la buat skit...Tpi itu semua dugaan...Cume kadang2 hati ini, kadang2 lemah seketika...Mengamati, perjalanan dan cabaran hidup aku...

Ini hanya cubaan, dugaan, jangan mengaku kalah....Sebab peluang yang aku terima ini, tidak semua orang terima..Amanah ini memang besar..Inilah lumrah seorng pemimpin..

Aku mengamati perjalanan kehidupan seorang pemimpin. Memang tidak disangkalkan lagi, kehidupan mereka sentiasa dipenuhi onak dan duri. Kehidupan mereka penuh perjuangan. Tapi aku?..adakah aku berani menjdi seperti mereka?..Aku adalah pemimpin sekarang..Aku harus sedar, orang bawahan aku semua, menanti amanat yang aku sampaikan..Aku adalah "NAHKODA BAHTERA PINTAR"..Aku x akan sekali2 membenarkan ia retak...

Biar ribut melanda, Biar kilat meyambar, biar ombak bergolak, biar bumi bergoncang, aku x akan biarkan bahtera aku retak!!!...

~Inilah motivasi buat diriku, tiada nasihat yang lebih baik, melainkan menasihati diri yang kamil ini..~


Wednesday, April 7, 2010

Science In Quran


Ya, akhirnya aku jumpa tajuk btul2 yang aku ingin jiwai...

Sekarang nie, usia ku 21 tahun..Tahun pengajian ku, dh nk msuk tahun 3..Aku menuntut jurusan kejuruteraan mekanikal..kerjaya ku pun kian hampir...huhu

Albert Einstein said. " Science without religious is lame, Religious without science is a lame."....Kita tahu einstein seorang yahudi. Dia salah seorang scientist yg menentang pengunaan gas beracun oleh tentera german pada perang dunia pertama. Dalam soalan ilmu fizik, aku suka sebut psl einstein nie, orang kata dia yahudi, apa yang nk ko kagum sngt. "Dialah salah serong yahudi, yng x berfikiran Zionis, seperti apa yang kita lihat masyarakat yahudi sekarng". The science should be uphold alongside with religious. Jangan kita buta science kerana kita lupa pda agama.



* Petikan daripada sebuah blog:-




Keagungan dan kebenaran kandungan al-Quran tidak dapat disangkal sesiapa. Hal ini membuktikan kerasulan Nabi Muhammad SAW. Kandungan al-Quran tidak mampu dicipta sesiapa selain Allah Maha Pencipta. Firman Allah bermaksud: "Maka apakah mereka tidak memerhatikan al-Quran? Kalau sekiranya al-Quran itu bukan dari Allah, tentulah mereka mendapat percanggahan yang banyak di dalamnya." (Surah an-Nisa, ayat 82)


Menurut doktor perubatan Perancis, Maurice Bucaille (1978) dalam bukunya The Bible The Quran and Science, "Sementara ada kesalahan amat ketara dalam Bible, saya tidak mendapati satu kesalahan pun dalam al-Quran(sungguh bangga gw jadi muslim.)


byk penemuan2..science hari ini, membongkar rahsia al-quran. Tapi ada jua golongan yang kuat menentang...Mereka menafikan tentang kebenaran al-quran. Mereka mengaikatkan Islam dgn "Lucifer"(Iblis)..Masyallah...tidak cukup dengan kebenaran dibuktikan, ada jua yang menentang..."Ya Allah, bantulah hamba mu ini berjuang, buktikan kebenaran al-quran. ..Kelak aku akan berjuang, dan buktikan ketelusan al-quran ini"..insyallah

~"Aku akan buktikan kebenaran tntang Al-quran kepada golongan yg buta tentang ISLAM!"...

Friday, March 26, 2010

Kerakusan Pemimpin


Salam semua, aku ingin berbicara psl politik sebentar...lame x dok coret2...maklum la sibuk dgn final exm..

Manusia adalah khalifatulah mukminin dan rasulullah juga di turun di atas muka bumi ini sebagai sebagai pemberi syafaat.

~ Aku teringat kisah pada zaman sahabat, di mana Saidina Umar pernah melucut jawatan seorng gabenor di syam, atas dasar dia mengaut harta yang berlipat ganda sedangkan rakyat di negara itu miskin.

~Aku teringat jua pesan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz kepada anaknya, "wahai anakku, aku tidak meninggal sebarang harta bagi melainkan apa yang ada di dalam rumah ini. Segala hartaku aku gunakan untuk kepentingan rakyat".

* Lihat, 2 konteks keadaan, di mana ciri-ciri seorang pemimpin..

Hari ini, aku melihat sistem peradaban dunia mengunakan sekularism...Harta, pangkat, tamak, gah di mata rakyat...Manusia diberi gula2 yang manis, sehingga lupa dan ALPA dengan kepahitan sebenarnya..Habis makan gula, mesti nk lagi kan?..mkn byk2...lupa pada diri...

~Masalah sosial, keruntuhan akhlak remaja makin menular..Islam pada asasnya mementingkan pembangunan sasiah dan rohani baru diikuti pembangunan jasmani.

Hari ini, Islam tinggal pada nama saja, BUKAN dalam hati.

Saya berani tegaskan, perundangan Islam di Malaysia masih samar2...Kenapa?...Lihatlah pemimpin negara...Adakah semua berciri nas2 ISLAM...Saya rasa ia seakan sebuah retorik semata-mata..Mufti2 negara boleh mengeluarkan pelbagai fatwa..Tiada persefahaman yang jelas. Mufti negeri cerita lain, mufti negeri lain cerita bnda lain...

ROKOK
Mcm kat selangor rokok diqiaskan dengan arak..Maka hukumnya haram..Tpi, ORANG MELAYU ISLAM ....dok x sedar2..x ambil kisah, mybe bnda remeh temeh kot...
Mana asas pendidikan negara menegaskan ISLAM

~aku teringat dulu ketika belajr di MRSM, aku dapat rasakan ilmu agama suatu bnda yang berlainan dengan ilmu-ilmu lain.. Bila cite psl agama, aku buhsan, boring la n bla2....

Sekarang aku sedar, kenapa ini terjadi, kerana, ilmu alam diasingkan dengan ilmu agama..INILAH SEKULARISM...

...pernah x korang dengar, dtng kels Fizik or Bio, cikgu relatekan dengan dalil?...aku rse xde, ketika time aku...Hari ini ada menteri cadangkan pendidikan SEX letak dlm pembelajaran..X cukup ker ade dalil al-quran menyatakan tentang kejadian manusia...Apa punya menteri nie? Masalah ini masalah keruntuhan akhlak, bukan masalah bdk2 nie x faham sex..Manusia ada nafsu, dia mengerti apa yg dirasakan...Bila disemburkan dengan roh2 islam tentang perasaannya, maka x jdilah msalah sex bebas nie...

~Wahai Pemimpin, kembalilah kepada ajaran Allah, ketuailah negara berpandukan Al-quran dan As-Sunnah.. Jangan kita terbuai2 dengan arus perubahan yg dilakukan oleh kaum kafir..Islam itu mempunyai nas-nas cukup untuk panduan hidup..Cukup dengan wasiat rasulullah iaitu AL-QURAN dan As-Sunnah.


KEMBALIKAN ISLAM DI MALAYSIA PADA YANG HAKIKI!!!






Saturday, March 13, 2010

The arrival of Dajjal

...Terdetik pemikiran ku untuk menulis tajuk ini.......Aku baru selesai menonton dokumentari yang mengisahkan tentang kehadiran Dajjal laknatulallah..

Video yang aku baru saksikan, menyaksikan dan menuruti perjalanan dalam menerokai siapakah itu dajjal..

Ciri-ciri dajjal:-
1. bermata satu
2. pada dahinya ditulis perkataan kafir
3. dia akan wujud antara negara Syria dan Iraq
4. Dia mampu memperdayakan manusia supaya mengikut jejak langkahnya
5. Dia mampu menghidupkan manusia yang telah mati dan ia menyebabkan sesetengah percaya dia adalah tuhan


Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.”

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.”

Adakah kalian sedar akan tanda-tanda ini?....Kadang-kadang aku suka bersendirian berfikir tentang hal dunia sekarang...Bila aku membaca kisah dajjal dan tentang kejadian alam aku mula memahami serba sedikit, apa matlamat hidup ini terhadap sang pencipta..

Lebih mudah dikatakan, aku datang UNITEN untuk blaja .. Sama juga aku hidup ini mesti ada tujuan kpd sang pencipta..

Bila aku habis saksikan dokumentari ini, baru aku sedar, bertapa masa depan akan datang pasti lagi mencabar..

Wahai kaum muslimin, selagi hidup kita ini dinodai dengan arus perubahan masa yang manis bak gula-gula, maka satu ketika nanti cacatlah perjalanan hidup kita..

Sesungguh kehadiran dajjal itu pasti...Hari ini aku nk tanya semua, berapa byk orang Islam sudah murtad?..berapa orang tidak percaya pada agama?...Berapa banyak agama baru muncul?...Berapa banyak?..wahai teman, jwb wahai teman...

Wahai teman muslimin, lihatlah keliling mu.....Carilah apa erti hidup mu....Jangan suatu ketika anda lalai...

~Ini bukan suatu konteks untuk kita beremosi, ini adalah suatu konteks yang perlu kita fikir bersama~

~Bangkitkan panji-panji ISLAM!!!~

aku akan kongsikan cerita tentang dajjal pda msa akan datang, insyallah..

wslm


Thursday, March 11, 2010

Perbuatan + Lisan + Hati

"ILHAMI, stop la buat post yang emo2!!!, buhsan la"....itu apa yang kwn aku ckp la psl blog aku...hahah...wat the fun, aku peduli ape..ini jiwa aku.

Aku duduk diam, mula terfikir kenapa Islam menyarankan kita melakukan amal melalui 3 peringkat ini..

~ ada hadis rasulullah menyatakan, lakukan sesuatu perkara dengan perbuatan, jika tidak mampu lakukan dengan lisan, jika tidak mampu juga, lakukan dengan niat..Indahnya Islam kerana benda yang sebegini diperhalusi dengan jelas dan mendalam..

~Bila aku kaji balik tentang hadis ini dan di aplikasikan dalam kehidupan, 3 elemen ini sebenarnya adalah sebuah "daya penggerak"..

~ Cube korang fikir situasi ini, aku ade niat nk blaja, tpi rase malas...Then, cube korang sebut dengan nada tinggi, "AKU NAK BLAJA!!", mesti korang rasa mcm ada satu getaran dlm badan korang yg nk gerakkan untuk lakukan tersebut..Tiba2, member korang call, "Bro, please belikan aku nasi goreng kampung satu!",...korang jwb la, aku nk blaja skrng nie, sory yer....Kira berapa bayk korang ckp nk blja..Dan Sekarang lakukannya, iaitu "BELAJAR!!!....x caya cube buat....

~Korang optimis dan telah buat mindset dlm diri...Jdi ia akan jdi...

~Inilah hasil kajian pertama ku tentang hadis, dan percaya input ini amat bermanfaat~..insyallah

Wednesday, March 10, 2010

Mencari Identiti diri

Salam semua

Benar kata seorang motivator yang menyatakan, pada peringkat umur 20-an remaja msih dlm pembentukan identiti diri. ..

Apa yang dirasakan betul dia akan lakukan, dan kadang kala tanpa memikir panjang terus melakukan perkara tersebut..

Inilah kunikan manusia, belajar daripada pengalaman hidup..Bila seorang manusia mengetahui ape yg dilakukan silap, maka dia akan berubah..

~Aku masih mencari kekuatan yg benar2 boleh menjadikan aku ke puncak kegemilangan

~Kadang kala, susuk pemikiran aku lebih ke arah berfikiran politik, kerana aku ingin berkhidmat kepada masyarakat, bukan kerana kemasyuran, tetapi demi melihat masyarakat susah dapat meningkatkan taraf hidup.

~Kadang kala, pemikiran aku meranjau kepada aliran pemikiran agama,..aku gemar mengetahui maksud tersirat dlm al-quran, mengkaji hadis2 rasulullah..Tpi ini cabaran sebenar, ilmu aku tidak mencukupi untuk mentafsir al-quran dan hadis dengan nas2 yang sepatutnya...

~Perasaan kasih aku pada seorang wanita membuak2..maksudnya, aku masih mencari teman hidupku yang benar hadir untuk diriku...Perasaan ini harus dikawal kerana ada urusan lebih penting blum selesai..

~Aku selalu sentiasa merasai diriku berbeza dengan remaja lain..Aku suke melihat kehidupan manusia luar dari kotak perjalanan masa..Aku suke memerhati tingkah laku, tpi kadang kala aku pun terpedaya jugak..Itulah pengalaman hidup..

"Tapi apa yang penting, apabila aku tamat pengajian ijazah mekanikal ini, aku mahu menjadi seorng pereka cipta yang mampu menghasilkan suatu produk untuk kebaikan manusia sejagat, aku mohon agar Allah pimpin jalan hidup ku ini, insyallah".

Saturday, March 6, 2010

sillaturahim..~Antara persahabatan dan Keegoan~




Suatu topik yang aku fikir kita perlu kongsi bersama..

wahai sahabat, apakah hari ini, orang yang mencaci kita, orang yang menghina kita, kita putuskan hubungan sillaturahim sesama mereka?..Adakalanya insan ini tidak cukup nas untuk berfikir dlm berkata2, tidak cukup hikmat dlm berbicara, n adakah seorng muslim, hanya meninggalkan insan ini dengan menyatakan putus hubungan sillaturahim?..

Wahai sahabat...ingat pengajaran hidup di zaman rasulullah...wahai, sahabat, umar yang pernah menentang Islam akhirnya memeluk Islam..Adakah rasulullah menghukumnya?....TIDAK!!..
Mungkin hari ini kita bolehnyatakan, "alah, itu zaman para nabi, zaman sekarang lain"...Ini adalah sudut pemikiran liberal, yang berkehendak ke atas nafsu semata2..

hadis yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam kitabnya Syu`abu al-Iman: “Sesungguhnya rahmat Allah tidak akan dicurahkan pada sebuah kaum yang di dalamnya ada orang yang memutuskan tali silaturrahim” ..masyallah..

Kita sebagai muslim, seharusnya berusaha membantu muslim lain supaya diterima hidayah, bukan meninggal ia terkapai2 dlm kegelapan jika perkara dia lakukan itu salah..


Banyak nash-nash yang menganjurkan silaturrahim dan sekaligus mengancam orang yang memutuskannya. Diriwatkan oleh Abu Ayyub Al-Anshari. Bahwa seorang laki-laki berkata kepada Rasulullah Saw:

“Ya Rasulullah, beritahukan kepadaku sebuah amal perbuatan yang bisa memasukkan aku kesurga?” Nabi bersabda: “Hendaklah kamu menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya, melaksanakan shalat, membayar zakat, dan menyambung silaturrahim.” (H.R. Muttafaqun alaihi)

~aku akui, aku pernah membenci seseorang itu, yang melebelkan aku "anjing" ketika dahulu..wahai teman, inilah adalah pengalaman..dan bila aku fikirkan kembali, aku perlu pimpin dia, sabar dan bersahabat..Alhamdulilah, Allah memperlihatkan kebenaran padanya..

Wahai sahabat sekalian, adakah anda lebih takut dengan hukuman Allah berbanding mementingkan keegoan dalam diri?...Kembali lah pada kebenaran, sesungguhnya, Allah akan merahmatimu..insyallah

Ada petikan untuk dikongsi:
Di dalam Alquran secara spesifik Allah memerintahkan umat Islam untuk menjalin silaturahmi/ silaturahim; “Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu” (An-Nisa:1).

Thursday, March 4, 2010

Siapa lebih berkuasa?


salam semua....di sini saya ingin berkongsi pendapat tentang pandangan beberapa pihak tentang kes Kartika yang dikenakan sebatan atas kesalahan minum arak dikhalayak ramai..

Sebelum saya berbicara lebih lanjut ingin saya tegaskan, "Ini adalah pendapat secara Individu, dan tidak harus dimanipulasikan oleh sesetengah pihak dgn pandangan saya".

Baru-baru ini, saya ada terbaca dlm ruangan malaysiakini, yang menyatakan..

" SULTAN PAHANG BOLEH AMPUN KARTIKA"...
1. Dalam isu ini, ada dinyatakan, sultan pahang mempunyai kuasa mutlak untuk memberi pengampunan kepada kartika, walaupun kartika tidak meminta untuk berbuat demikian..

2. Ingin saya jelaskan pandangan saya, pada sebelum ini, kartika bersedia untuk menerima hukuman sebatan atas alasan ia akan menjadi pengajaran umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia..

3. Jika pengampunan ini dilaksanakan, saya berfikir, hukuman Islam yang diterapkan dalam undang-undang islam ibarat ."diperlekehkan". Walau bagaimanapun, kajian mengenai isu ini masih belum memberi keputusan muktamad..Saya harap, ia tidak akan dijalankan..

4. Islam itu indah, walaupun ia flexible mengikut arus perubahan zaman, tpi asas undang-undang tidak harus diperlekehkan.Walaupun dalam al-quran tidak menyatakan berapa bilangan sebatan dikenakan bagi yang minum arak, tetapi harus diingat keputusan Makhamah Syarie harus diambil berat, kerana ia keputusan berlandaskan hadis dan mazhab yang kita pegang..

5. Mana-mana pihak yang cuba mengexploitasikan, dengan meyatakan hukuman itu menyalah hak asasi manusia , ingin saya tegaskan.."Siapa yang lebih berilmu antara anda, ataupun orang yang menetapkan hukuman islam yang berlandaskan, Al-quran, sunah dan hadis?"..Harus kita fikir bersama..Yakin lah pada yang berilmu sebelum berbicara..

6. Saya ingin petik sebuah hadis rasulullah tentang isu arak dan ade menyatakan:-

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Rasulullah SAW melaknat mengenai arak, 10 golongan: yang memerahnya, minta diperahkannya, meminumnya, membawanya, minta dihantarnya, menuangkannya, menjualnya, makan harganya, membelinya, minta dibelikannya.”
(Hadis riwayat Tarmidzi dan Ibn Majah)..

Jadi harus kita ingat, bertapa tegas rasulullah tentang arak, jadi apakah kita ini, masih boleh bermain-main dengan undang-undang islam?...Fikir2 lah bersama...

Sunday, February 28, 2010

A Song For Muslim Heart

Insyallah- Maher Zain

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way


Walaupun ia hanya sebuah lagu, tetapi ia mengingatikan kita kepada Allah...Di kala kesusahan, kesenangan, ingatlah kepada Allah, kerana ia sentiasa memerhati kita..Allah tidak akan berpaling kepada insan yang sentiasa mencari kebenaran dan dia pasti memberi petunjuk pada sesuatu ketika kelak....insyallah..

Saturday, February 27, 2010

Cute Vs Ganas


Lelaki

~lelaki cute dan semestinya ada yang manja...Ada orang menyatakan, x macho la..Macam budak2..Tetapi ada kelebihan bagi lelaki yang mcm nie..Mereka ini lebih cenderung menjadi seorng yang sangat romantis dalm diam2..Hatinya mudah terpaut dengan kata2...imaginasinya sangat tinggi, sehinggakan apa yang dilihat dalam drama-drama tv ingin dikongsikan dalam soal percintaanya.. Seharusnya, lelaki yang sebegini, perlu berhati-hati pada wanita yang mudah menodai dengan kata-kata cinta, walaupun bagi wanita itu tidak bermaksud apa2..

Perempuan

~Ganas n Brutal, perempuan yang sebegini, walaupun ganas, tapi dalam hati sangat lembut..Ada sesetengah perempuan yg seperti ini agak bersahaja dalm kehidupannya...Mereka gemar lelaki yang bersahaja...Apabila ia berkata tentang cinta, ia merupakan suatu yang sngt ganjil..Maka wujudlah suasana yang harmonis n cute bgi wanita seperti ini..

Kesimpulan yg dpt dikatakan..Lelaki cute vs Perempuan ganas...mmg jauh beza tentang tingkahlakunya..Kala takdir tuhan yang menentukan antara hubngan mereka...

Thursday, February 25, 2010

Persis Pemikiran

~ Sejarah boleh dikenang, tetapi jadikan ia pedoman..Sejauh mana kegagalan itu berlaku, ia adalah suatu penantian perkara manis akan berlaku..~

~ Setiap individu dilahirkan dimuka bumi ini, telah ditetapkan rezeki masing-masing..Hanya kita perlu berusaha mencarinya, dan jika menyesal dipertangah jalan, maka gagal lah kita..~

~Aku berpegang pada hadis rasulullah yang menyatakan, "orang yang kuat adalah orang dapat mengawal kemarahan"...Tetapi ingat, ketegasan itu penting dan ia berbeza dengan kemarahan.




Ahmadinejad- Singa Baru Dunia Islam

salam kawan2...Saya baru sahaja beli buku nie hasil keluaran PTS....Dan telah membaca

Ia ditulis oleh 4 orang wartawan tempatan..

Saya kagum dengan Pemerintahan yang dilaksanakan, walaupun segelintir kwn saya orang Iran tidak suke pada pada pendirian Presiden negaranya..

Bermula daripada era Revolusi Syah Iran pada tahun 1979, membuktikan kemampuan Iran mampu bersaing sebagi suatu kuasa besar di negara Teluk ini..

Tokoh Iran, seperti Imam Khomeini, merupakan D'Factor kepada pencetus Revolusi ini.

Saya memuji tindakan berani Iran dalam mewujudkan program Nuklear bagi program keamanan. Kuasa besar dunia seperti rusia, juga wujud program Nuklear. Ketokohan beliau bukan hanya pada keberanian dia, malah ketegasan yang dinyatakan dalam media tentang pendirian Iran terhadap pencerobohan kaum yahudi di palestine.

Israel sengaja memutar belitkan fakta atas penghijrahan mereka ke palestine, dengan menyata "kejadian Holecust sebagai suatu alasan"..Holecust merupakan kejadian pembunuhan seramai 6 juta kaum yahudi di serata dunia dalam perang dunia pertama. Dan pada masa itu, ramai kaum yahudi lari ke negara-negara arab bagi mendapat perlindungan.

Jika ia benar ia berlaku, mengapa tanah palestine dijadikan alasan mereka sebagai tempat penghijrahan..Seharusnya mereka kembali ke negara asal mereka..Mereka adalah Pelarian Perang!!

Ahmadinejad seharusnya di contohi tokoh-tokoh negara Islam sekarang.. "Berani kerana benar!"
Takbir!!


Friday, February 12, 2010

Assistant ninja ku


......Miow yg comel...Tgk moto ninja aku...hahahahahah..dia teringin jadi ninja kot...lol

Thursday, February 11, 2010

Sahabat MPP ku..

kalian mmg berani pikul amanah...even dlu aku berhasrat jdi mpp, tpi disebabkan aku ingin mnjga prestasi diriku, aku trpaksa menolak hasrat itu..

Aku ada harga diri, dan cintaku pada PRS dan Program PINTAR...aku tolak tawaran lain..

Terima kritikan kalian dengan terbuka..kita pemimpin adakalanya kita tidak dapt memuas hati semua pihak...

dahulukan perkara yang lebih penting!!jangan terbuai2 dengan kritikan yg lansung x munasabah...

anda mmg berani...

saya teringat sejarah ayah saya yang merupakan seorng Bekas Presiden MPP di UITM, prestasinya pelajaran merosot selepas itu...

Dan, aku tegas tidak ingin menjadi seperti ini...tanggungjwb pada keluarga ku lebih penting berbanding segalanya yg ada...aku hanya layak digelar pemimpin jika amanah dan tanggungjwb pada keluarga dpt dipikul sebaiknya..

ingatlh wahai teman

Wednesday, February 10, 2010

Teringat kembali....


nostalgiah blog ini dibuka dulu kerana program PINTAR 2008....


setahun kemudian, aku menyepi..enth mengapa hilangnya semangat itu...


kini ia menjelma kembali....Program PINTAR 2010...semangat berblog itu hidup kembali...


alhamdulilah...hari ini pendaftaran fasilitator ramai jua, dan ia melebihi sasaran ku...baru sehari...insyallah ia akan bertambah lagi...


Insyallah, janji aku akan ku tunaikan...mungkin ini pengakhiran ku beraktiviti di uniten...di mana kejayaan itu bermula, dan aku mahu mengakhiri kejayaan di tempat yang sama...Tnx kepada insan yg memberi peluang kepada diriku...


Aku tegas dengan pendirian ku...bukan aku x flexible...kerana aku ingin menjaga harga diri ku....

Tuesday, February 9, 2010

Lawan tetap lawan

~aku yakni melawan tekanan hawa nafsu ini...aku sering malas...semua ini godaan syaitan...

aku akan terus lawan, aku mahu teguh pendirian ku, aku tetap sabar dengan ujian mu Allah....

aku tetap melawan godaan2 syaitan ini....~lawan tetap lawan

Komitmen

sem nie penuh dugaan...xpi itulah dinamakan tanggungjawab..

aku menantikan kenikmatan program yang bakal aku jalankan...owh PINTAR 2010..

sem nie sinar kehidupan menjelma lagi...kini aku mempunyai teman yg selama ini aku nantikan...si dia menyinari kehidupan ku...aku sayang dia...aku yakin perasaan ini sama apa yang di rasakan...

sem ini jua, aku perlukan tingkatkan prestasi pembelajaran ku...kini sudah 3 sem, perestasi aku kian hari kian meningkat...

Yeah!!!...aku tidak mengalah....aku teruskan perjuangan ku...kerana ini adalah 3 amanah yang aku pikul....

biar aku sakit sekali pun....aku x akan paling ke belakang...Jiwa ku, kekuatan diriku

Sunday, February 7, 2010

JAWAPAN BALAS KEPADA FITNAH DATUK SERI ANWAR IBRAHIM



JAWAPAN BALAS KEPADA FITNAH DATUK SERI ANWAR IBRAHIMShare
Today at 7:00pm
JAWAPAN BALAS KEPADA FITNAH DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
(SEBARKAN!!!)

Antara persoalan2 yang sering dibangkitkan:
1. “Kenapa Anwar tidak berani berSUMPAH dengan nama Allah? Nampak sangat Anwar yang bersalah!!!”

• Sdr. Saiful Bukhari Azlan melafazkan sumpah secara terbuka di masjid:
http://www.youtube.com/watch?v=a4Ea-LA222c&feature=related (Sumpah Saiful)

• DSAI sebenarnya telah pun melafazkan sumpah dengan nama Allah secara terbuka semasa fitnah pertama (1998) :
http://www.youtube.com/watch?v=hoWEsygXuO0&feature=related (Sumpah Anwar)

• Kenapa DSAI tidak perlu bersumpah apabila timbul fitnah ke-2 ini? Ikuti penjelasan lanjut oleh Dr. Danial dan Mufti Perak:
http://www.youtube.com/watch?v=IWb7ORIxCTQ (Dr. Danial)
http://anwaribrahimblog.com/2008/07/07/anwar-tidak-perlu-bersumpah-mufti-perak/ (Mufti Perak)



2. “Penyokong Anwar ni tak habis-habis dengan KONSPIRASI, sikit-sikt cakap pasal konspirasi! Lepas-lepas ni kalau ada tudahan lagi semuanya konspirasi!!!”

• Pengakuan pertama Sukma Darmawan (adik angkat Anwar) mengenai dirinya diliwat DSAI:
http://www.youtube.com/watch?v=xxAX-IoZ_C8 (sukma – mengaku)

• Sukma menarik balik pengakuan tersebut dan mendedahkan dirinya diugut dan dipaksa untuk membuat pengakuan liwat:
http://www.youtube.com/watch?v=W0lbHoTQEiE&feature=related (sukma – pendedahan konspirasi)

• Surat permohonan maaf dari Sukma kepada DSAI:
http://members.tripod.com/Friend_of_Reform/surat.htm (surat sukma kepada anwar)



3. “Anwar cakap dia difitnah, tapi Anwar sendiri FITNAH Najib terlibat dengan konspirasi ni!!!”

• DSAI bercakap berdasarkan bukti, beliau memohon sapena dari peguamnya untuk membawa Najib & Rosmah ke mahkamah sebagai saksi kes:
http://anwaribrahimblog.com/2010/02/02/anwar-mahu-sapena-najid-dan-rosmah-sebagai-saksi/ (mohon sapena Najib dan Rosmah sebagai saksi)

• Adakah Najib benar2 tidak terlibat di dalam konspirasi ini? Ikuti pendedahan ini:
http://www.youtube.com/watch?v=5XVp_-ahsQE (mohon biasiswa atau diliwat – kenyataan Najib)



4. “Kenapa Anwar takut sangat nak bagi sampel DNA kalau dia tak bersalah???”

• DSAI khuatir penyalahgunaan DNA akan berulang semula seperti yang berlaku pada tahun 1998 (kes usung katil ke mahkamah). Ikuti kenyataan peguam DSAI mengenai hal ini:
http://anwaribrahimblog.com/2008/07/18/kenyataan-media-peguam-berkaitan-isu-dna/



5. “Kalau takda angin, takkan la pokok bergoyang??? (berkenaan tuduhan kes liwat ini)”

• Fitnah dan konspirasi ini telah dirancang dengan begitu halus sekali oleh beberapa individu2 yang dengki melihat kegemilangan DSAI yang hanya setapak lagi untuk bergelar PM. Buku ’50 dalil mengapa Anwar tidak boleh jadi PM’ diterbitkan secara meluas dan mendapat sokongan dari pihak2 tertentu yang mahu menjatuhkan karier politik Anwar Ibrahim:
http://members.tripod.com/polong_cyber/select2/111032.htm


Renungkan firman Allah ini menerusi ayat 11-19, Surah an-Nur maksudnya:

“Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh siksa yang besar (di dunia dan di akhirat).

Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman – lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: “Ini ialah tuduhan dusta yang nyata.

Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta.

Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab siksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu; –

Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.

Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: “Tidaklah layak bagi Kami memperkatakan hal ini! Maha suci Engkau (Ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli Rumah Rasulullah)! ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan”.

Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika betul kamu orang-orang yang beriman.

Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukumNya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab siksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).”

"FITNAH ITU LEBIH BESAR DOSANYA DARI MEMBUNUH" - bersama menegakkan keadilan.

~REFORMASI~

Aku berpena kembali.....


Lama jua aku menyepi di alam blog nie....setahun menyepi...sekarang kembali aktif..

Sebelum ini, Facebook la medan untuk ku luahkan kata-kata dan cetusan idea aku...

Hari, aku mahu merangkak lebih jauh...menjadi pena ini sebagai sebagai wadah untuk aku bersuara..

aku tidak boleh mengharapkan teman rapat yg mendengar rententan diriku sahaja...aku harus cari jalan penyelesaian lain...

aku kini 20 tahun, janji ku pada diriku adalah satu revolusi....aku mahu ia menjadi realiti..

Saturday, February 6, 2010

Hatiku berdetik

Minggu lepas aku pi career carnival....Aku hanya serorang plajar yg sederhana..CGPA pun x lepas 3.00..Bile mendengar, Oil & gas talk, hati ku berdetik...apakah kesudahan hidup ku di UNITEN ini?..xkn nk dgn pointer average jer...aku kne dapatkan CGPA 3.00 bile nk graduate nanti...

Bile difikirkan komitmen yg tinggi, tpi itu sekadar alasan...aku mahu berjaya...aku impikan dan aku mahu perolehinya....