Sunday, February 7, 2010

JAWAPAN BALAS KEPADA FITNAH DATUK SERI ANWAR IBRAHIM



JAWAPAN BALAS KEPADA FITNAH DATUK SERI ANWAR IBRAHIMShare
Today at 7:00pm
JAWAPAN BALAS KEPADA FITNAH DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
(SEBARKAN!!!)

Antara persoalan2 yang sering dibangkitkan:
1. “Kenapa Anwar tidak berani berSUMPAH dengan nama Allah? Nampak sangat Anwar yang bersalah!!!”

• Sdr. Saiful Bukhari Azlan melafazkan sumpah secara terbuka di masjid:
http://www.youtube.com/watch?v=a4Ea-LA222c&feature=related (Sumpah Saiful)

• DSAI sebenarnya telah pun melafazkan sumpah dengan nama Allah secara terbuka semasa fitnah pertama (1998) :
http://www.youtube.com/watch?v=hoWEsygXuO0&feature=related (Sumpah Anwar)

• Kenapa DSAI tidak perlu bersumpah apabila timbul fitnah ke-2 ini? Ikuti penjelasan lanjut oleh Dr. Danial dan Mufti Perak:
http://www.youtube.com/watch?v=IWb7ORIxCTQ (Dr. Danial)
http://anwaribrahimblog.com/2008/07/07/anwar-tidak-perlu-bersumpah-mufti-perak/ (Mufti Perak)



2. “Penyokong Anwar ni tak habis-habis dengan KONSPIRASI, sikit-sikt cakap pasal konspirasi! Lepas-lepas ni kalau ada tudahan lagi semuanya konspirasi!!!”

• Pengakuan pertama Sukma Darmawan (adik angkat Anwar) mengenai dirinya diliwat DSAI:
http://www.youtube.com/watch?v=xxAX-IoZ_C8 (sukma – mengaku)

• Sukma menarik balik pengakuan tersebut dan mendedahkan dirinya diugut dan dipaksa untuk membuat pengakuan liwat:
http://www.youtube.com/watch?v=W0lbHoTQEiE&feature=related (sukma – pendedahan konspirasi)

• Surat permohonan maaf dari Sukma kepada DSAI:
http://members.tripod.com/Friend_of_Reform/surat.htm (surat sukma kepada anwar)



3. “Anwar cakap dia difitnah, tapi Anwar sendiri FITNAH Najib terlibat dengan konspirasi ni!!!”

• DSAI bercakap berdasarkan bukti, beliau memohon sapena dari peguamnya untuk membawa Najib & Rosmah ke mahkamah sebagai saksi kes:
http://anwaribrahimblog.com/2010/02/02/anwar-mahu-sapena-najid-dan-rosmah-sebagai-saksi/ (mohon sapena Najib dan Rosmah sebagai saksi)

• Adakah Najib benar2 tidak terlibat di dalam konspirasi ini? Ikuti pendedahan ini:
http://www.youtube.com/watch?v=5XVp_-ahsQE (mohon biasiswa atau diliwat – kenyataan Najib)



4. “Kenapa Anwar takut sangat nak bagi sampel DNA kalau dia tak bersalah???”

• DSAI khuatir penyalahgunaan DNA akan berulang semula seperti yang berlaku pada tahun 1998 (kes usung katil ke mahkamah). Ikuti kenyataan peguam DSAI mengenai hal ini:
http://anwaribrahimblog.com/2008/07/18/kenyataan-media-peguam-berkaitan-isu-dna/



5. “Kalau takda angin, takkan la pokok bergoyang??? (berkenaan tuduhan kes liwat ini)”

• Fitnah dan konspirasi ini telah dirancang dengan begitu halus sekali oleh beberapa individu2 yang dengki melihat kegemilangan DSAI yang hanya setapak lagi untuk bergelar PM. Buku ’50 dalil mengapa Anwar tidak boleh jadi PM’ diterbitkan secara meluas dan mendapat sokongan dari pihak2 tertentu yang mahu menjatuhkan karier politik Anwar Ibrahim:
http://members.tripod.com/polong_cyber/select2/111032.htm


Renungkan firman Allah ini menerusi ayat 11-19, Surah an-Nur maksudnya:

“Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh siksa yang besar (di dunia dan di akhirat).

Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman – lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: “Ini ialah tuduhan dusta yang nyata.

Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta.

Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab siksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu; –

Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.

Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: “Tidaklah layak bagi Kami memperkatakan hal ini! Maha suci Engkau (Ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli Rumah Rasulullah)! ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan”.

Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika betul kamu orang-orang yang beriman.

Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukumNya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab siksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).”

"FITNAH ITU LEBIH BESAR DOSANYA DARI MEMBUNUH" - bersama menegakkan keadilan.

~REFORMASI~

No comments: