Monday, November 7, 2011

Cinta Mu Islam


Ya Allah, hu Ya Allah,

Aku menggigil ketakutan. Ya Allah yang membentuk zat2 seluruh alam, engkau menyaksi satu persatu peraturan alam ini. Engkau maha mengetahui lagi maha bijaksana.

Ya Allah, aku berlindung daripda bisikan syaitan yang mengoyahkan iman dan hati kami Ya Allah, sesungguhnya sikap was-was ini berpaksi daripadanya ya Allah. Sesungguh, aku berlindung kepadamu Ya Allah, kami berlindung daripdamu Ya Allah.

Ya Allah,

Aku tau setiap aturan engkau aturkan. Ya Allah, bagaimana hendak ku tahu jodohku itu Ya Allah?..Di alam yang penuh cabaran, penuh kemaksiatan, di mana aku mampu mencari permata hati itu ya Allah?..Dalam hati dan kewarasan akal ku hanya tinggal nas dalil mu Ya Allah dan Hadis rasulullah. Dalam kegelapan siang yang penuh kemaksiatan, hanya dua rujukan ini sahaja ku guna untuk mencari permata hati ya Allah. Ya Allah, aku buntu..

Ya Allah, sesungguhnya, aku bertemu seorang bernama kekasih Ya Allah. Namun cintamu pada Ya Allah, tidak ku lebihkan berbanding cinta kepadanya. Engkau pertemukan buatku dgn kekasih, alhamdulilah hebat aturanmu, engkau atur dan serba lengkap dan sesuai untuk diriku ya Allah. Aku teringat dalam surah An-Nur, engkau menyatakan "perempuan yang baik untuk lelaki baik, dan perempuan jahat untuk lelaki jahat". Aku mungkin insan yang jahil, namun aku cuba mendekati diri padamu Ya Allah untuk menjadi insan yang baik.

Ya Allah, di hari mulia ini, sempena hari raya korban,aku berkorban jiwa ragaku dan ku teguhkan hatiku kepada insan bernama kekasih dengan memberitahu perihal keluargaku. Ya Allah, aku teringat ujian engkau terhadap nabi Ibrahim pada kisah aidil adha, bertama teguh imannya kerana mencintai engkau dia sanggup korbankan. Hari ini, aku diuji, tentang pendirian seorang kekasih yang ingin melepaskanku kerana kesian pada tanggungjawabku kelak. Ia seperti aturanmu ya Allah, hatiku mahu membincarakan soal hati. Pengorbanan dan Cintaku diuji. Ya Allah, aku mengigil ketakutan. Setelah beberapa seketika aku membaca zikruallahmu, aku teringat akan kisah nabi Ibrahim dan Ismail. Ya Allah, apa2 pun terjadi, aku mohon keampunan jika aku terlalai mencintainya melebihi engkau.Aku sedar, aku harus tenang, aku tahu engkau yang patut aku cintai melebihi segala zat.


Ya Allah

Alangkah indahnya dia dapat mengenali aku sepenuhnya dalam sekelip mata, alangkahnya indah dia melihat keseluruhan keluargaku sekelip mata, Ya Allah, aku tidak mampu berkata apa yang melebihi aturanmu. Ya Allah, aku hanya insan biasa, aku mohon kekuatanmu daripda mu. Ya Allah, manisnya cinta bila ia disusuli dengan penikahan. Alangkah indahnya, hari ini aku berjaya, aku mampu menikahinya. Ya Allah, mungkin kelemahan ku aku mahu memiliki segala2nya dalam sekelip mata. Aku terbatas Ya Allah kerana tanggunjawab untuk jihad fisabililah iaitu menuntut ilmu menghalangku. Ya Allah, aku lemah dalam perihal ini.

Doaku,

"Ya Allah, pertemukan buat ku dengan Syazwanee Maysarrah, dan teguh iman kami serta jauhkan kami daripda kemaksiatan". Ya Allah, ini doaku selepas aku solat 5 waktu.
Ya Allah, aku bersungguh2 dalam soal hati, aku tahu mungkin aku merana jika aku gagal. Ya Allah, aku mahu engkau tahu, bahawa aku mahu berusaha melakukan terbaik buatmu. Aku mencitainya kerana mu, kerana agama mu Islam. Ya Allah, aku melakukan amar makruf nahi mungkar, kerana aku mahu menjaga kehormatannya. Aku mahu nilai mahar yang aku berikan sesuai dengan harga dirinya. Aku sanggup demi perempuan solehah. Cukup untukku menerima dirinya, apa yang penting agamanya. Aku x mampu mencari ganti yang lebih baik daripadanya kerana aku percaya sesunguhnya manusia tidak sempurna.


Aku hampir pasrah, namun aku masih mampu mengawal kerana cintaku padamu Ya Allah melebihi zatnya.

Ya Allah, engkau tetapkan hati dia ya Allah buatku, aku pohon ya Allah, hanya kata2 itu mampu ku panjatkan padamu..Aku lemah, dan aku x mampu berkata2 apa..Aku serah padamu ya Allah..Aku tawakal...

Aku percaya hadirnya kekasih, bukan memberi kelalaian dalam diriku..Hadirnya dia, bagi membantu pertingkatkan kekuantan untuk aku lebih berjaya dan aku tidak akan sia2kan..Ya Allah, aku lemah...

Ya Allah, hanya engkau saja mengetahui apa yang hadir dalam hatiku..Sabar wahai hati, Allah masih menyayangi kita...Kepada dia juga tempat kita kembali...

Allah hu Akbar!,Allah hu Akbar!,Allah hu Akbar!..

Wednesday, June 29, 2011

Jangan bermain dgn Hati

salam

aduhai hati..kenapa la pulak tiba2 terdetik pasal benda yang boleh menyakitkan.

wahai hati,
kenapa mula ia bergetar?.Kenapa setiap kali, terfikir perkara tersebut, bergetar?..

Ya Allah,

aku sendiri takut dengan apa yang berlaku. Bukan aku tidak bersyukur, namun nikmat yang engkau berikan, membuat aku sentiasa mengingatimu, Ya Allah. Lagi engkau tunjukkan , lagi engkau pertontonkan apa yang berlaku, makin bergetar jiwaku Ya ALlah..

Ya Allah,

Adakah ini suatu ujian buat diriku?..aku dihemburkan kegembiraan, perasaan yang sangat tenang ketika bersama seorang sahabatku ini. Namun ya Allah, kesudahan itu adalah milikmu tentang aturan mu. Aku sentiasa beringat akan janjimu ya Allah..

"Lelaki baik bagi seorang wanita ya baik"...aku ingat akan janji ini dan aku yakin itu pasti berlaku..

Ya Allah,

menilai tentang diriku adalah hakmu ya Allah, dan aku yakin dan pasti engkau meletakkan suatu kebaikan kepada hambamu yang beriman padamu.

Ya Allah,

aku berusaha menjadi insan terbaik di sisi mu ya Allah, namun pahala dan hikmah itu adalah milikmu untuk engkau serahkan..

Ya Allah,
jika aku lalai daripada haluan ku, engkau peraturkan kembali haluanku. Kadang kala aku sendiri hampir tersungkur dan tenggelam dgn perasaan ini ya Allah.

Ya Allah,
perkukuhkan benteng hatiku, lindungilah aku daripda sifat kemungkaran,

ya Allah
aku mengasihani sahabatku ini, sehingga hatiku sendiri terdetik. Ya Allah, lindungilah hubungan kami daripda segala maksiat dan berilah kejayaan kepada kami.

Ya Allah,
Jika engkau ingin satukan kami, satukanlah atas dasar Iman dan Taqwa . Penuhilah hati kami dengan cahaya nur dan keimanan. Jika engkau ingin pisahkan kami , pisahkan sebaik2nya ya Allah..Jangan engkau lumpuhkan hati kami jika perkara sebaliknya berlaku..

Ya Allah...Aku berserah segala2nya padamu...hanya padamu tempat utk ku tangisi kerana engkaulah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana tentang aturan alam ini..

Aku berserahhh...dan aku tawakall..

~Amin~

Monday, May 30, 2011

Cinta...bencilah syaitan

salam...


adakala, aku lihat cube melihat seseorang daripda suatu sudut yang berbeza, aku cuba memahami kehidupan manusia. Aku mempunyai hati, adakah sempurnakah hati aku ini?..

Dalam kehidupan, aku tidak sesekali menyalahi musuhku atas kesilapannya, namun aku cuba mencerminkan diriku juga. Aku lakukan begini, kerana aku tidak mahu jadi sombong, bongkak pada hadapan musuhku. Mungkin agak kasar istilah musuh itu, namun musuh yang aku gambarkan adalah orang yang tidak selesa berada bersamaku.

Melihat kepada aspek percinta, siapa musuh kita sebenarnya dalam lautan cinta ini kalian?..Bagiku, "Syaitan!". Manusia tidak bersalah pada mulanya, akan tetapi, janji Allah, membenarkan syaitan2 ini merosak hati kita, kerana inilah permintaan syaitan apabila tidak mahu sujud kepada manusia pertama ciptaan Allah iaitu "Adam".
Kerana sikap sombong dan bongkak dan enggan taat kepada Allah, maka kerana itu, syaitan2 inilah penyesat utama manusia.

"Wahai hati, andai kata engkau jatuh cinta pada seseorang, ingatlah bahawa, syaitan ini pasti menganggu emosi mu. Wahai hati, tamanlah iman di hati, kerana ia merupakan benteng gangguan syaitan ini. Ingat, bila engkau menemui cinta, tingkat semangat mu beribadah, mohon perlindungan daripdanya dan jangan sesekali terpesong daripda landasan pengangan aqidah yang sebenar. Ingat!, Islam tidak melarang perasaan kasih dan sayang, kerana ia suatu fitrah manusia, akan tetapi, kerana godaan syaitan, kerana kelemahan iman, maka terpesong lah nilai-nilai cinta yang seharusnya subur dgn nilai-nilai islam. Cintailah seseorang kerana Allah, ikut garis panduannya, fardu ain dan kifarah jgn dilupakan kerana ia juga suatu pegangan untuk berjaya dunia dan akhirat"..

Setinggi-tinggi pegangan agama seseorang, jika runtuhnya imannya, maka hancurlah nilai Islam sebenar. Ingat wahai hati dan teman sekalian!..


wsalam

Wednesday, May 18, 2011

Adakah dia mencintaiku?..



Salam

Bicara tentang cinta, suatu topik yang sinonim dgn remaja. "Aku jatuh cinta pada mu", luahan hati pemuda-pemudi zaman sekarang pada temannya. Banyak persoalan yang diungkaikan tentang makna cinta yang sebenar, yang hakiki dan cinta yang agung. Cinta yang paling agung adalah cinta pada Allah dan rasulnya.

Fokus utama perbicaraan mengenai cinta pada kali ini, menyentuh pada soal hati iaitu cinta antara sesama manusia. Perasaan kasih dan sayang merupakan suatu fitrah kurniaan Allah terhadap manusia. Kita tidak mampu mengelakkan sepenuhnya perasaan kasih dan sayang, tetapi kita diberi garis panduan tentang batas mahramnya yang perlu kita fahami bersama.

Wahai muslimin,
hati ibarat sebuah pokok yang sedang bercambah. Ia akan terus bercambah, sehingga nyawa kita di angkat ke luh mahfuz.Apabila ia membesar, ia akan menghasilkan buah. Bagaimana untuk kita pastikan buahnya itu elok?..kita perlu mempunyai baja yang baik, jagaan yang baik, diterangai cahaya dan tanah yang subur. Begitulah hati kita, bagaimana untuk kita kekalkan hati bersih?...kita perlu sentiasa positif, kita perlu sentiasa istiqamah beribadah dan kita sentiasa mengerjakan amal kebajikan.

Menjadi ancaman sebenar kepada hati adalah nafsu!

Hati akan menzahirkan kasih sayang, "Aku cinta padamu", zahir daripada sebuah hati.
Persoalannya yang timbul, cinta itu kerana apa engkau lafazkan? Kerana nafsu atau kerana keikhlasan hati? Cinta kerana keikhlasan hati, tapi bukan berlandaskan nafsu agar perhubungan itu dapat berkekalan dengan izin Allah

Sahabat,

Sebenarnya, Aku benar2 telah jatuh hati pada seseorang ini, tetapi, hatiku sentiasa berkata "si dia" masih tidak bersedia untuk itu. Itu kata hatiku, kata hati kecilku yang aku sendiri rasai.

Pengenalan yang sangat singkat, dan membuat hatiku ingin mengenali lebih tentang dirinya. Makin lamaku kenal, makin banyak aku cuba memahami dirinya, walaupun ada benda dia rahsiakan dan cuba menghalang diriku untuk mengenali dirinya lebih. Itu tidak apa, aku faham, ada benda kita tidak dapat kongsikan pada semua.

Sikapnya yang jujur ,lurus,matang,kelakar ,comel dan tahu batas2 agama membuat aku tertarik untuk mengenali dirinya lebih. Mungkin ini adalah ciri-ciri wanita pilihanku. Adakah kecantikan dia juga suatu daya tarikan ku?...Secara jujurnya ya, tapi ia terletak pada no 2. Aku melihat seseorang kerana hatinya dan cara dia berfikir, dan kemudian adalah kecantikan. Aku mahu memiliki seorang wanita, yang aku yakin, pada masa hadapan kelak, mampu menjadi seorang isteri SOLEHA dan kerana itu aku cuba mengenali peribadinya lebih daripada melihat kecantikannya.


Aku sentiasa berdoa selepas solat, agar "si dia" adalah jodoh buatku. Hari-hari, aku menanti dengan penuh rasa sabar dan tanzim serta istiqamah. Dia pernah berkata padaku, aku masih ada masa setahun lagi sebelum aku tamat pengajian dan sesudah itu maka kita akan simpulkan sama ada dapat bersama atau tidak. Dalam masa yang sama, dia juga berkata, dia melayan semua orang sama rata, tidak kurang atau tidak lebih.
Aku cuba neutralkan diriku, tapi kadang2 perasaan sayng itu muncul, dan aku peringatkan pada diriku, aku dan dia masih dalam istilah kawan, dan dia blum pasti jodoh buat diriku.

Dia seorang pelajar yang cemerlang, dan kecemerlangan dia melampaui pencapaian aku sendiri. Aku kagum, dan dalam masa sama, ia menjadi penyuntik semangat untuk aku lebih maju kehadapan. "Aku kne berusaha lebih gigih dalam semua hal!, aku kne lebih daripda dia!"..ini adalah suatu motivasi buat diriku. Disebabkan itu juga aku amat sayang pada dia..

"ilhami, jangan terlalu berharap, kelak, ko juga akan menyesal!", pesan sahabatku

Ya benar sahabatku! tetapi, adakah usaha aku untuk membentuk perhubungan itu adalah kerana terlalu berharap?..Aku berusaha membentuk perhubungan agar dia mengerti, yang aku mempunyai perasaan padanya tanpa menonjolkan sikap itu secara jelas dan berlebih2. Aku akur, kadang2 aku sendiri tersasar daripada landasan kebenaran itu, kerana aku sendiri tak mampu menyimpan perasaan ini.

Adakah tindakan aku ini terlalu "desperate"..

-Mungkin ada sesetengah pendapat ya. Aku tidak terlalu terdesak memilih, cuma bila hati aku berkata ya, aku terus mendekatinya. Jika aku desperate, kenapa selepas perbalahan dgn seorng hamba Allah, yang berlaku setahun lepas, aku tidak mencari pengganti pada tahun berikutnya?..Jika terdesak, aku akan cepat2 cari penganti dgn memilih mengikut hawa nafsu. Tetapi ini tidak, aku menilai mengikut pergerakan naluriku. Secara kebetulan, kami mempunyai byk persamaan, yg aku sendiri dpt rasakan pada awal2 perkenalan. Ini meyakinkan aku untuk terus mengenalinya lebih dalam.

Cuma persoalnya sekrng, adakah dia mencintai aku? adakah dia merasakan perkara yang sama?...Persoalan ini sentiasa bermain2 dlm fikiran ku...Aku pernh lafazkan, tpi mungkin dia agak gusar dgn diriku dan tidak cukup yakin lagi..


"Ya Allah, aku tidak mampu memberitahu kelebihan dan kekurangan diriku padanya. Aku tidak mampu berkata segala2 perkara baik tentang diriku padanya sepenuhnya kerana aku kuatir, ia menyebabkan aku jadi sombong dan takabur. Ya Allah, aku sendiri juga seorang yang tidak lari daripada melakukan dosa, dan aku juga ada kekurangan lain. Ya Allah, aku hanya mampu menjadi terbaik buat dirinya, yg hanya aku dpt lafazkan melalui perbuatan ku tapi bukan percakapan manis mulut berbicara. Ya Allah, aku pohon agar engkau bukakan ruang hatinya untuk diriku agar kami dapat bersatu pada jalan kebenaran, dan jika sebaliknya, pandulah hati dia berkata perkara sebaliknya kepada diriku secara terang-terangan.Ya Allah, jika engkau satukan kami, satukan dengan jalan yang diredhai dan jika engkau pisahkan kami, pisahkan kami pada jalan-jalan yang baik tanpa memutuskan hubungan silaturahim yg telah kami ikat atas dasar iman dan taqwa. Ya Allah, sesungguhnya, hatiku menunggu jawapannya dengan penuh sabar dan tanzim dan ku berharap kesudahan baik itu adalah buat miliku dan jika tidak aku akan terima dgn redha" ~amin~

Ini sahaja dapat ku ungkapkan. Di tengah2 antara perhubungan ini adalah Allah yang memerhatinya, dia Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana tentang segala aturannya.

Mungkin penantian jawapan ini suatu yang agak letih dan perlu istiqamah, namun, ku berharap dia mampu melihat keadaan hatiku,keadaan diriku dengan lebih jelas dan mampu membuat keputusan, agar penantian ini dia dapat fahami dalam soal hati. Apa-apa pun, aku akan terus berdoa menjadi insan terbaik dan jodohku adalah dia..Insyallah..Segala2 terletak pada kekuasaan Allah, dan aku redha jika keputusan itu bukan dipihakku, dan aku percaya Allah pasti membuat pilihan terbaik untuk hambanya yg memohon suatu kebaikan. Dan setiap ape yg berlaku, pasti ada hikmahnya..

*wah!..letih sungguh ku menaip tentang soal hatiku..xpe2..release juga pemikiranku...

wasalm...

Monday, May 16, 2011

~Umrah~, Panggilan Allah..



Assalamualaikum sahabat sekalian..

Hampir genap sebulan kepulangan ku dari Tanah Suci, dan ku harapkan agar kepulangan ini membawa sinar perubahan meniti masa depan yang lebih cerah..

LABAI KALLAH HUMMA LABAIK
LABAIKALA SYARIKALA KALA BAIK
INNAL HAMDA WALNI’MATA
LAKAWAL MULK
LA SYARIKALAK

Bisikan panggilan umrah masih terdengar dipangkal telinga ku...aduhai, sedih dan sayu rasanya perasaan ini takkala ku dengar alunan ini..

Sebenarnya sahabat, perancangan dan aturan pemergian ku ke tanah suci ibarat suatu yang telah dirancang dan sangat terancang oleh ya Rabbi Allah.Mungkin sesetengah pihak mengatakan apa yang berlaku pada diriku suatu kebetulan, dan apa yang pasti inilah janji Allah.

Sahabat,
Niatku terlintas untuk pergi ke Tanah Suci, aku mulakan pengajian di UNITEN iaitu, 4 tahun lepas. Ia terjadi,di sebabkan CGPA aku di MRSM tidak pernah melepasi 3.0. Aku berkata pada diriku,"Ya Allah, aku bukanlah seorng pelajar cemerlang, namun ku pohon agar aku diberi kesempatan untuk pergi ke rumah mu ya Allah, sebelum aku tamat pengajian di UNITEN agar kecemerlangan itu aku dapat rasai".

Faktor Keluarga

Dalam masa yang sama, ibuku sudah meningkat usia, dan dia tidak mengerjakan haji. Ayahku ajak, dia tidak mahu. Aku sangat risau, dan dia pernah berkata, dia mahu mengerjakan umrah bersamaku dan kemudian baru mengerjakan haji. Pada ketika itu, aku sangat sibuk dengan program dan aktiviti UNITEN, sehinggakan masa2 cuti ku, aku berada di UNITEN. Masa sangat singkat, dan kami mencari masa yang sesuai, tpi agak sukar.

Aku sedih, dan aku berfikir, adakah disebabkan tindakan ku yang mementingkan aktiviti UNITEN sehinggakan aku tiada ruang untuk mengerjakan umrah bersama keluargaku. "Ya Allah, adakah ini silapku Ya Allah!"
Keluargaku sangat "supportive", dan mereka sangat menyokong segala tindakan ku.

Aku sentiasa berdoa,

"Ya Allah, engkau permudahkanlah urusanku, engkau berilah ruang untuk ku, agar aku dpt sama2 mengerjakan umrah bersama ibuku, dan aku mahu dia mengerjakan haji pada tahun berikutnya"

Faktor Kesihatan Ibuku

Pada tahun 2010, ibuku mengalami masalah tulang belakang. Penyakit ini adalah penyakit lama,tapi kini berulang. Kali ini sangat teruk sehingga hampir sebulan berada di hospital. Dikala maslahat yg dia alami, hati mula terdetik mengingat Allah. Selepas dia sembuh, hatinya mula terdetik, namun ketika itu aku masih ada pegang suatu program yang amat penting dan aku fikir ini adalah program terakhir utk persatuan ku PRS.

Faktor Berhenti daripada Aktiviti Kelab

Pengalamanku bergiat aktif dalam PRS bermula ketika aku menjawat jawatan dlm Program PINTAR 2008, dan aku mahu mengakhiri zaman ini dengan Program PINTAR 2010(dimana, aku KP program). Perancangan ini telah lama ku rancang atas sebb, aku mahu memberi ruang yang lebih untuk keluarga dan faktor pointer yang tidak beberapa memuaskan. Aku terima desakan daripda beberapa pihak untuk terus menjawat jawatan dlm PRS, dan pada ketika itu, mungkin aku di undi sebgai Pengerusi PRS. Ada yg kata, "ilhami ko nak lihat PRS tenggelam?", ada yang cakap, sudah tiada calon lain yang berkaliber selain aku. Aku mmg fikir, ketika ini,seharusnya peluang aku yg naik kerusi Presiden.

Ingin aku katakan kepada mereka2 ini, "Selagi kalian mengamalkan sikap,corak pemikiran yang terpencil ini, sehingga hari ini atau kelak, saf kepimpinan PRS tidak akan matang!" Jangan tipu aku, jika kata PRS tidak pernah melahirkan pemimpin berwibawa, jika seorng yg diharap2kan tiada. Lihat bekas2 MPP, siapakah dikalangan mereka?..mereka adalah senior kita!..PRS ada kredebiliti, mampu melahirkan pemimpin yg berwibawa. Kita harus keluar daripada sikap terpencil ini, jadilah kelab yg independent, yg matang dan mampu menjadi contoh kepada persatuan lain!,Jadikan PRS sebagai medan pembelajaran bukan hanya melahirkan jodoh2 percintaan shj!..Ingat teman PRS ku!Sbb 2 dlm PRS,aku x terima sogokan senior2 atau individu lain, cari jodoh dlm PRS, aku sayang PRS seperti aku sayang keluargaku, dan kamu semua adalah adik2,abg2, dan kakak2 ku di UNITEN. Ada orng ingat aku merajuk dgn MT2 lain, dan ada orng x puas hati dgn aku sbb kelancangan mulut aku. Sebenarnyer tidak, perbalahan adalah suatu perkara biasa dlm mana2 persatuan, dan aku bukan bermain dgn emosi dlm program atau persatuan, tapi aku keluar atas dasar prinsip dan perancangan hidupku.


Allah maha mengetahui apa yang dirancang, dan ketika berakhirlah PINTAR 2010, tamatlah perjuangan ku dlm PRS. Dan ketika inilah, hati ibuku mula terdetik untuk mengerjakan Umrah. Ia seperti suatu yg telah di atur, andaikata, ibuku tidak terdetik pergi,walaupun aku x busy, maka x jadi jugak pergi. Ibuku sangat unik kerana dia tidak boleh dipaksa, dan keyakinan dirinya kurang. Dia perlukan masa. Allah maha besar, dia mengatur dan atur perancangan itu dengan baik.


Perkara Yg Menakjubkan Berlaku ketika berada di tanah Suci.

1. Ulangtahun perkahwinan ibubapaku jatuh pada 11th April (11/4). Kami pergi ke Madinah dahulu sbelum bergerak ke Makkah, bilik kami menetap bernombor 1104(tingkat 11, no 4) di Madinah. Ini bukan pilihan kami, tapi pihak pengurusan di madinah yg aturkan. Ia seperti suatu kebetulan. Yang menakjubkan angka 11/4,pada hari tersebut 11/4, kami buat pertama kali mengerjakan umrah dan menjejak kaki ke Makkah al mukarammah!..Adakah ini suatu kebetulan?..sesungguhnya janji Allah itu pasti berlaku dan dia pasti akan membenarkan ia berlaku!.Kun Faya Kun!

2. Pada suatu hari, aku berpuasa sunat di Makkah, aku duduk membaca surah Ar-rahman, tiba2 hati aku terdetik untuk memohon suatu doa. Doa ini melibatkan pemasalahn yg berlaku dlm diriku sepanjang aku hidup. Hati aku terdetik sendiri, lalu, aku bangun dan terus pergi ke Pancur Emas,iaitu suatu tempat yg mustajab berdoa. Lalu aku berdoa.(aku tidak dpt memberitahu kalian apa doa itu, biar ia menjadi rahsia antara diriku dan Allah, kerana ia melibatkan hal peribadi)

3. Pada suatu tengahari, cuaca agak panas dan terik, sehingga mencecah 43 degree kalau x silap. Ibubapaku tekad mahu mengerjakan umrah sunat buat kali ke 3. Mereka pergi ke tempat tawaf, mereka sangka panas, tpi tidak. Umi cakp, luar masjidil Haram panas, tapi ketika lakukan tawaf, x panas rasanya. Umi x baca2 apa2 doa, tpi dia lakukan tawaf seperti biasa.

4. Di makkah, aku mengalami batuk yg agak teruk. Aku sudah jangkakan, jika aku batuk, pasti sukar untuk pulih. Ada suatu hari ini, aku pergi rumah sepupu ku di Jedah, aku batuk teruk ketika itu sehinggakan aku berkata dan berdoa,

"Ya Allah, jika ini dugaan engkau berikan, sehingga aku x mampu untuk menahan dugaan mu ini, engkau ambil lah nyawaku dgn sebaik-baiknya"

Batuk yg aku alami sangt teruk, lebih teruk apa yg aku alami sebelum2 nie. Keesokkan harinya aku makan Vitamin C, dan aku ambil air zam zam, aku baca Al-fatihah sbnyk 7 kali dan aku sapu di tengkuk ku. Alhamdulilah, keesokkan harinya aku kian pulih dan mampu terus melakukan ibadah.



*Sahabat, jika hendak menceritakan pengalaman di Makkah ini, terlalu panjang dan saya tidak menceritakan lebih kerana saya kuatir, jika segala2nya saya cerita akan menimbulkan rasa iri hati oleh orang lain atau takabur pada diri saya sendiri. Saya hanya menceritakan suatu pengalaman yg penting sahaja.

Apa yg saya kongsikan kepada semua, bahawasanya, Allah pasti menjanjikan suatu kebaikan kepada hambanya yang meminta. Allah melihat apa yang kita lakukan, Allah melihat segala tindak tanduk kita, dan dia mengetahui apa yang kita pinta. Ada perkara kita boleh katakan suatu kebetulan dan ada suatu perkara kita boleh katakan ketentuaan Allah.



Saya percaya, sahabat2 yg belum berpeluang menjejak kaki ke Tanah Suci, pasti pada suatu masa nanti berpeluang menikmati pengalaman seperti saya. Berdoalah kepada Allah seperti dlm firman Allah:


"Dan tuhan kamu telah berkata berdoalah kamu kepada aku nanti akan ku perkenankan permintaan mu sesungguhnya orang yang menyombong diri dari menyembah aku akan masuk neraka jahanam secara terhina". (Al-Mu'min 60 )


Insyallah, sama2 lah berdoa, agar2 kita berada dikalangan orang terpilih dan di panggil oleh Allah untuk mengerjakan umrah seterusnya mengerjakan haji..Insyallah..


waallhualam...

Simposium Fiqh Mu'Asirah bertema "Perjudian Dalam Islam: Isu, Cabaran Dan Penyelesaian"




Assalamualaikum,
Sahabat, perbicaran isu judi merupakan suatu isu hangat yang diperkatakan dikalangan rakyat Malaysia. Alhamdulilah, saya dan beberapa teman daripada UNITEN berkesempatan menghadiri suatu forum yang dianjurkan JAKIM yang menyentuh isu judi. Saya tersentuh dengan pembentangan kertas kerja yang terdiri daripada lapan orang panel iaitu antara lain Prof.madya Dr.Engku Rabiah Adawiah bt. Engku Ali(Penyarah,Kuliyyah Undang-Undang UIAM), Tuan Haji Mohamad Naser bin Disa(Timb. Ketua Bahagian Penasihat,Seksyen Syariah,Jabatan Peguam Negara) dan lain2..

Sahabat, sedar atau tidak dalam kehidupan kita masih ada suatu bentuk pertandingan,cabutan hadiah,skim2 keewangan yang dipelapori sebagai salah satu aktiviti judi. Kupasan inilah yang akan saya ketengahkan agar sahabat2 seIslam mahupun bukan Islam memahami kenapa Judi ini harus dilupuskan sepenuhnya.

Pengharaman Judi Di dalam Al-Quran dan Sunnah

1. " Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi, Katakanlah:"Pada keduanya dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya".

Ayat 219 surah Al-baqarah

2. "Wahai orang2 yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi dan pemujaan berhala,dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah(semuanya) kotor(keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya(90).
Sesunggunya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebncian di antara kamu dengan sebab arak dan judi,dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu,mahukah kamu berhenti(daripada melakukan perkara2 yg keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?(91)

Surah Al-Ma'idah : ayat 90-91

3. "Sesungguhnya Allah mengharamkan arak,judi,kubah(sejenis permainan yg menggunkan papan,buah dan dadu,juga dikenali sbgai tabal atau nard) dan setiap yang memabukkan adalah haram"

Hadith riwayat Ahmad dari Ibn Abbas

Persoalan, kenapa ayat ini diturunkan?

Sebelum ayat ini diturunkan, umat Islam bebas berjudi dan minum arak. Kemudian,Umar,Muaz dan sekumpulan dari para sahabat(r.a) berkata kepada Rasulullah s.a.w:

"Ya Rasulullah,berilah fatwa kepada kami tentang arak,sesungguhnya ia menghilangkan(kewarasan) aqal dan menghabiskan harta benda"

Setelah itu, rasuluallah berdoa, maka turunlah Ayat 219 surah Al-baqarah, Ayat 90-91 Surah Al-Ma'idah dan kemudian hadith

Walaupun Umar menyentuh isu arak, namun Allah menjelaskan juga tentang judi.

Pengharaman Judi dam Agama Kristian,Buddha dan Hindu

1. Kristian

Begitu juga dalam agama Kristian, perjudian dikutuk keras sebagai amalan diskriminatif yang menguntungkan satu pihak dan menganiaya satu pihak yang lain hingga meleburkan nilai-nilai kehormatan dan kemanusiaan seseorang sebagaimana yang tercatat dalam kitabnya The New Testament (Mark 12:31).

2. Buddha

Bagi agama Buddha pula, perjudian dikutuk sebagai amalan yang jahat kerana ia menuntun kepada pelbagai natijah negatif yang mampu memporak-perandakan kehidupan. Dalam sebuah teks Buddha, Digha Nikaya, disebutkan bagaimana amalan perjudian mampu menjelmakan krisis moral yang parah termasuklah mencetuskan kebencian sesama manusia, menghancurkan harta benda dan menghakis kepercayaan masyarakat dan kerabat terhadap seseorang.

3. Hindu

Pengharaman judi turut disebut dalam teks agama Hindu yang dikaitkan dengan pelbagai krisis nilai dan pendangkalan moral seperti hancurnya nilai amanah, hilangnya perasaan kasih sayang pada masa yang sama membiak amalan penyelewengan, menggejala nilai pembaziran dan membudaya pengabaian tanggungjawab dalam masyarakat (Tirukkural, 94: 931-940).

Sumber: Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi

*Bila disebut isu Judi,ia juga berkait rapat pelbagai aspek lapisan masyarakat Malaysia. Bahkan, agama lain juga jelas menyatakan pengharaman judi kerana ia melanggar moral dan etika kehidupan masyarakat kerana berlaku unsur pertaruhan, penindasan,penyelewangan,penipuan dan pembaziran. Persoalannya sekarang, kenapa masih menghalalkan judi di Malaysia? Adakah kita tidak mampu menampung pembelanjaan negara jika tiada hasil perjudian?

Bentuk-Bentuk Perjudian

Terdapat pelbagai bentuk2 perjudian di Malaysia, namun saya akan ketengahkan segelintir bentuk perjudian yang kita tanpa sedari terjebak dlm kancah penjudian.

1. Pertandingan
-Hadiah ditaja oleh semua peserta, peserta dikenakan bayaran yuran penyertaan.
* Hasil daripada kutipan yuran penyertaan itu dan sebahagiannya atau keseluruhannya digunakan untuk membeli hadiah. Maka terdapat unsur pertaruhan dlm konteks ini, maka pertandingan ini diklasifikasikan sbgai "Perjudian".
Pihak penganjur belindung dalam erti kata "Yuran Penyertaan".

Namun sebaliknya jika pihak penganjur menyatakan yuran penyertaan itu digunakan untuk menghidangkan makanan/ape2 perkara2 yg tidak melibatkan hadiah, maka pertandingan itu adalah bukan suatu bentuk perjudian, kerana wang tidak terdapat unsur pertaruhan,sebaliknya wang itu digunakan untuk pengurusan lain.

Maksudnya di sini adalah, jika wang penyertaan digunakan untuk membeli hadiah, seolah-olah seleruh peserta membayar wang dan mempertaruhkan wang untuk mendapatkan hadiah tempat pertama 1/2/3. Maka yang jadi penindasan adalah, peserta yang kalah dalam pertandingan tersebut.

2. Perniagaan
*Bila sentuh isu peniagaan kita kene fikir, bentuk pernigaan jenis apa yang akan kita jalankan. Trend masa kini, kebanyakkan kita gemar penigaan yang akan membawa pulangan hasil dalam masa singkat. Kita ambil contoh, perniagaan internet. Ia tidak memerlukan modal yang tinggi kerana tidak memerlukan penyewaan tapak perniagaan,tidak memerlukan lesen pernigaan dan tidak memerlukan perkerja bagi menarik pelanggan. Segalanya2 mengunnakan komputer dan internet dalam menjalankan urusan perniagaan. Persoalan timbul, dimanakah wujudnya unsur perjudian?

Contoh :
Program MLM

Industri MLM "Multi-Level-Marketing" mengunnakan internet sebagai sebuah medium pemasaran. namun begitu, industri MLM pada masa kini sudah agak parah, ini kerana banyak syarikat-syarikat MLM telah djangkiti oleh skim-skim piramid yang seringkali menggunkan "lesen AJL" untuk sesebuah syarikat MLM sebgai topeng mereka.

Komisyen yang sepatutnya dibyar berdasarkan "jualan produk" kini sudah ditukar dan dibayar berdasarkan "bilangan agen baru" yang dapat ditaja. Jadi, tidak hairanlah jika dilihat, mengapa pengigiat-penggiat MLM masa kini, bermati-mati mencari ahli baru untuk dijadikan downline mereka daripada memasarkan & menjual produk-produk keluaran syarikat MLM itu sendiri.

Ayat-ayat jualan yang sepatutnya menerangkan tentang keistimewaan produk seperti "Produk ini berkualiti!berkhasiat dan dijamin halal" kini ditukar "jadilah jutawan MLM tanpa perlu menjual produk,tanpa perlu membuat "maintain" bulanan dan juga tanpa perlu datang mesyuarat setiap minggu!"

"Bilangan agen baru"yang dapat ditaja dan pendaftaran dikenakan bayaran tertentu, maka unsur gharar dan judi berlaku keranan perolehan harta melalui pertukaran bukan atas kerja dan perniagaan sebenar,samar dan tidak pasti. Ia 'permainan' mendapatkan keuntungan

Terdapat bentuk perniagaan lain seperti Program Affliate,Program Randomizer,dan Program Forced Matrix, HYIP(High Yield Investment Program), merupakan suatu bentuk perniagaan yang mempunyai unsur perjudian.
Oleh itu AWAS ! dengan bentuk perniagaan seperti ini.

Status Industri Judi Di Malaysia- 'Mengahalkan Yang haram"

1999- RM 2.759 Bilion
2008- RM 2.37 Bilion

-Sumber Jawi

Berikut merupakan hasil pendapatan dalam negara hasil daripda sektor perjudian. Wajarkah Malaysia digembar-gemburkan sebagai IKON negara Islam, mempu menjana pendapatan perjudian sehingga berbilion2 ringgit?...

Kenyataan Ministry Of Finance(MOF), dipetik:

"Lotteries unlawful except with permit of Minister of Finance
-Subject to section 16, any lottery promoted or conducted without a permit granted by the Minister of Finance under this Act or otherwise than in accordance with this Act shall be unlawful"

Maknanya di sini, judi itu tidak haram, jika diberi permit oleh MOF?..Ini yang dikatakan menghalalkan apa yang diharamkan.

Dlam perlembagaan Malaysian, perkara 11 menyentuh isu "Hak Kebebesan Beragama". Jika MOF menggunakan peruntukan pelembagaan Malaysia dalam perkara 11(1) yang menyatakan"Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan,tertakluk kepada Fasal(4),mengembangkannya" dan ia merupakan hak kebebasan penganut lain untuk mengamalkan judi, ia secara tidak lansung membuktikan MOF mengetepikan 2 perkara penting lain iaitu :-

1. Agama2 lain turut menegah/mengharamkan perjudiaan.
2. Perlembagaan Malaysia, Perkara 11(5) menyatakan, "Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawananan dengan mana-mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam,kesihatan awam atau prinsip moral"

*Perjudiaan merupakan suatu perkara yang tersasar daripada "Prinsip Morality" dan sekaligus mengetepikan perkara 11(5) perlembagaan Malaysia. Rakyat Malaysia bebas menganuti agama mereka, namun, jika suatu perkara bertentangan sifat moraliti itu sendiri, ia harus ditegah!..Pendirian MOF mengenai amat tersasar jauh daripda prinsip morality


Syarikat-syarikat Judi di Malaysia
1. Genting Berhad(Casino)
2.Resort World Berhad(Pusat Hiburan dan Perjudian)
3. Magnum Corporation (Nombor 4 Ekor loteri)
4. Metroplex Berhad (Subic Bay Casino)
5. Leisure Management Berhad (4 Nombor Ekor Dan Lumba Kuda)
6. Berjaya Sport Toto(4 nombor Ekor dan Ramalan Nombor)
7. Tanjong Public Unitend Company (lumba Kuda)

TERAS pengupayaan melayu dengan kerjasama Majlis Perundingan pertubuhan Malaysia

Top-10 largest casinos by number of employee
1. Casino de Genting(Malaysia)-13,000
2. Foxwood Sun Casino-10,220
3. Mohegan Sun Casino-10,,000
4. Bellagio(Las Vegas)-9,700
5. MGM Grand(Las Vegas)-9,000
6. Mandalay bay (Las Vegas)-8,000
7. Sands Macao(China)-8,000
8. Caesar's palace (Las Vegas)- 7,500
9. Borgata(Atlantic City)-7,000
10. Atlantas Resort and Casino(Bahamas)-6,500

Source:Casino City

Kesimpulan

*Pelbagai fakta telah dikemukan bagi memberi penjelasan kepada masyarakat umum tentang perihal yang sebenar berlaku di Malaysia. Kerajaan Malaysia perlu melihat kembali dasar-dasar yang dilaksanakan agar ia sejajar dgn pembentukan prinsip moraliti. Malaysia yang merupakan IKON negara Islam, tidak harus mengetepikan prinsip penting iaitu Islam sebgai Agama Perseketuan, bukan Islam sbgai agama rasmi, yang hanya mengunakan Islam untuk tujuan2 rasmi, namun melupuskan nilai dan prinsip Negara Islam yang sebenar. Masyarakat Malaysia, terutama beragama Islam, harus mempersiapkan diri dan memperhalusi pemahaman Islam dengan memegang pada dalil2 Al-Quran dan nas2 hadith serta pandangan ulama-ulama. Masih tidak terlambat untuk mengubahnya, selagi kemahuan dan keinginan menegakkan syiar Islam tersemat di Hati.

*Penulisan ini hanya sekadar perkongsian ilmu dan pertukaran pandangan.

Segala kekurangan adalah datang daripda diri saya sendiri, yang baik semuanya dtng daripada ALLAH SWT..Insyallah..

Ilham

Saturday, January 1, 2011

Selamat Tinggal Tahun 2010, Selamat datang 2011

Salam semua, lama jua aku tidak menulis diari hatiku ini. Kini aku mahu kongsi dengan semua tentang kenangan-kenangan ku tahun 2010

Januari- Proposal Pertama Program PINTAR 2010, rejected by HEP
- Sambutan New Year with Frenz
- Test 1
- Hilangnya itu CINTA, Allah selamatkan aku daripada karam dihamparan laut
- Byk dh lupe da..
- Seminar SPRM & Integriti di UKM,> Aku persoalkan integriti pemimpin masa
_ kini dan apakah langkah yg perlu diambil.
- muhibah MMU(*kalau x silap la)..> akhirnya menjdi kontroversi cinta dgn _ "Kimki".Urm, padahal xde papepun..


Febuari- Proposal Kedua Program PINTAR 2010, diterima HEP, tukar rangka belanjawan _ untuk 3 fasa
- Perjumpaan dengan TNB dan hantar Proposal PINTAR 2010
- Seorang urusetia PINTAR 2010, tarik diri
- TKP PINTAR 2010, mungkin x dpt beri komitment pada tugasan akan datang. > aku tetap terus menerima dia, atas dasar kualiti pengurusan kerja yg tidak boleh diganti

March - Final Exam

April - Mesyuarat Rasmi pertama dengan guru2 sekolah
- PINTAR Fasa 1- 24 April 2010
- Menghabis masa cuti di UNITEN
- Farez n Hanis yg sedang bercuti, turut menghabiskan masa cuti bersama ku _ _ untuk PINTAR 2010.
- Hantar laporan Khas kepada TNB, tentang tempat program yang tidak sesuai..>dasar kepimpinan aku diuji dan kini aku teruji.

May - TOT PINTAR 2010, x ramai hadir.
- Protokol PINTAR 2010, bertungkus lumus katenye TPM nk turun, last2 x
_ turun.Kredit tu Harizah kerana kekal momentum dan cube lakukan yg terbaik _ _ buat segala kerja2 protokol.
- Aku jarang balik rumah, kerana urusan Program dan habis masa untuk tenang _ _ fikiran di UNITEN.

JUN & JULY - PINTAR Fasa-2, > semua yg terlibat laksanakan tugas dengan baik
- orientasi JUN intake > orientasi terakhir aku
- Kem Kepimpinan Mahasiswa, 23 Julai 2010. Ketika pada hari tersebut ade 2 program, Program PRS dan MPP. Aku melihat program yg dianjurkan mpp, merupakan suatu transformasi seblum pilihanraya kampus, maka aku menyokong usaha tersebut, namun program PRS itu menjurus kepada perkara yg "seronok2", maka aku terpaksa buat 2 pilihan terbaik untuk diriku kerana hari tersebut merupakan hari lahirku. Aku pilih program kepimpinan berbanding program seronok2.

Ogos,Sep n Oct - Hari kemerdekaan, sambut dengan famili
- PINTAR fasa 3, (banyak btul dugaan)
- Merangka perancangan untuk menghabiskan masa sibukku di UNITEN dan
asah bakat diriku yg lain. Maka aku pilih kelab bahas di UNITEN, selaku alternatif lain. Aku ingin berhenti daripada kesibukan ini, dan menghabiskan masa bersama keluargaku.

Nov dan Dec - Seperti suatu permulaan hidup baru di UNITEN, aku dh x busy.
- Salah satu urusteia PINTAR buat hal, aish,..xpe la..aku maafkan
- Rangka mengubah imej dan personaliti diriku. Aku terlalu busy, sehingga aku mengabai kebajikan diriku sendiri. Now i can say enough n it enough!.



wuhhh.....mcm byk, tpi inilah hakikat tahun penuh cabaran...aku mahu melupakan segala2nya..Tpi, kenangan menjadi kita makin kuat.Iktibar dan muhasabah diri perlu aku teruskan. Aku mahu lihat diriku lebih matang dan bukan hanya penting pengorbanan selaku pemimpin, tpi aku perlu bijak menjaga kebajikan diriku.

Tahun ini, hijrah diriku, insyallah,aku mahu ia terlaksana