Monday, May 30, 2011

Cinta...bencilah syaitan

salam...


adakala, aku lihat cube melihat seseorang daripda suatu sudut yang berbeza, aku cuba memahami kehidupan manusia. Aku mempunyai hati, adakah sempurnakah hati aku ini?..

Dalam kehidupan, aku tidak sesekali menyalahi musuhku atas kesilapannya, namun aku cuba mencerminkan diriku juga. Aku lakukan begini, kerana aku tidak mahu jadi sombong, bongkak pada hadapan musuhku. Mungkin agak kasar istilah musuh itu, namun musuh yang aku gambarkan adalah orang yang tidak selesa berada bersamaku.

Melihat kepada aspek percinta, siapa musuh kita sebenarnya dalam lautan cinta ini kalian?..Bagiku, "Syaitan!". Manusia tidak bersalah pada mulanya, akan tetapi, janji Allah, membenarkan syaitan2 ini merosak hati kita, kerana inilah permintaan syaitan apabila tidak mahu sujud kepada manusia pertama ciptaan Allah iaitu "Adam".
Kerana sikap sombong dan bongkak dan enggan taat kepada Allah, maka kerana itu, syaitan2 inilah penyesat utama manusia.

"Wahai hati, andai kata engkau jatuh cinta pada seseorang, ingatlah bahawa, syaitan ini pasti menganggu emosi mu. Wahai hati, tamanlah iman di hati, kerana ia merupakan benteng gangguan syaitan ini. Ingat, bila engkau menemui cinta, tingkat semangat mu beribadah, mohon perlindungan daripdanya dan jangan sesekali terpesong daripda landasan pengangan aqidah yang sebenar. Ingat!, Islam tidak melarang perasaan kasih dan sayang, kerana ia suatu fitrah manusia, akan tetapi, kerana godaan syaitan, kerana kelemahan iman, maka terpesong lah nilai-nilai cinta yang seharusnya subur dgn nilai-nilai islam. Cintailah seseorang kerana Allah, ikut garis panduannya, fardu ain dan kifarah jgn dilupakan kerana ia juga suatu pegangan untuk berjaya dunia dan akhirat"..

Setinggi-tinggi pegangan agama seseorang, jika runtuhnya imannya, maka hancurlah nilai Islam sebenar. Ingat wahai hati dan teman sekalian!..


wsalam

No comments: