Monday, May 16, 2011

Simposium Fiqh Mu'Asirah bertema "Perjudian Dalam Islam: Isu, Cabaran Dan Penyelesaian"




Assalamualaikum,
Sahabat, perbicaran isu judi merupakan suatu isu hangat yang diperkatakan dikalangan rakyat Malaysia. Alhamdulilah, saya dan beberapa teman daripada UNITEN berkesempatan menghadiri suatu forum yang dianjurkan JAKIM yang menyentuh isu judi. Saya tersentuh dengan pembentangan kertas kerja yang terdiri daripada lapan orang panel iaitu antara lain Prof.madya Dr.Engku Rabiah Adawiah bt. Engku Ali(Penyarah,Kuliyyah Undang-Undang UIAM), Tuan Haji Mohamad Naser bin Disa(Timb. Ketua Bahagian Penasihat,Seksyen Syariah,Jabatan Peguam Negara) dan lain2..

Sahabat, sedar atau tidak dalam kehidupan kita masih ada suatu bentuk pertandingan,cabutan hadiah,skim2 keewangan yang dipelapori sebagai salah satu aktiviti judi. Kupasan inilah yang akan saya ketengahkan agar sahabat2 seIslam mahupun bukan Islam memahami kenapa Judi ini harus dilupuskan sepenuhnya.

Pengharaman Judi Di dalam Al-Quran dan Sunnah

1. " Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi, Katakanlah:"Pada keduanya dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya".

Ayat 219 surah Al-baqarah

2. "Wahai orang2 yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi dan pemujaan berhala,dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah(semuanya) kotor(keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya(90).
Sesunggunya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebncian di antara kamu dengan sebab arak dan judi,dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu,mahukah kamu berhenti(daripada melakukan perkara2 yg keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?(91)

Surah Al-Ma'idah : ayat 90-91

3. "Sesungguhnya Allah mengharamkan arak,judi,kubah(sejenis permainan yg menggunkan papan,buah dan dadu,juga dikenali sbgai tabal atau nard) dan setiap yang memabukkan adalah haram"

Hadith riwayat Ahmad dari Ibn Abbas

Persoalan, kenapa ayat ini diturunkan?

Sebelum ayat ini diturunkan, umat Islam bebas berjudi dan minum arak. Kemudian,Umar,Muaz dan sekumpulan dari para sahabat(r.a) berkata kepada Rasulullah s.a.w:

"Ya Rasulullah,berilah fatwa kepada kami tentang arak,sesungguhnya ia menghilangkan(kewarasan) aqal dan menghabiskan harta benda"

Setelah itu, rasuluallah berdoa, maka turunlah Ayat 219 surah Al-baqarah, Ayat 90-91 Surah Al-Ma'idah dan kemudian hadith

Walaupun Umar menyentuh isu arak, namun Allah menjelaskan juga tentang judi.

Pengharaman Judi dam Agama Kristian,Buddha dan Hindu

1. Kristian

Begitu juga dalam agama Kristian, perjudian dikutuk keras sebagai amalan diskriminatif yang menguntungkan satu pihak dan menganiaya satu pihak yang lain hingga meleburkan nilai-nilai kehormatan dan kemanusiaan seseorang sebagaimana yang tercatat dalam kitabnya The New Testament (Mark 12:31).

2. Buddha

Bagi agama Buddha pula, perjudian dikutuk sebagai amalan yang jahat kerana ia menuntun kepada pelbagai natijah negatif yang mampu memporak-perandakan kehidupan. Dalam sebuah teks Buddha, Digha Nikaya, disebutkan bagaimana amalan perjudian mampu menjelmakan krisis moral yang parah termasuklah mencetuskan kebencian sesama manusia, menghancurkan harta benda dan menghakis kepercayaan masyarakat dan kerabat terhadap seseorang.

3. Hindu

Pengharaman judi turut disebut dalam teks agama Hindu yang dikaitkan dengan pelbagai krisis nilai dan pendangkalan moral seperti hancurnya nilai amanah, hilangnya perasaan kasih sayang pada masa yang sama membiak amalan penyelewengan, menggejala nilai pembaziran dan membudaya pengabaian tanggungjawab dalam masyarakat (Tirukkural, 94: 931-940).

Sumber: Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi

*Bila disebut isu Judi,ia juga berkait rapat pelbagai aspek lapisan masyarakat Malaysia. Bahkan, agama lain juga jelas menyatakan pengharaman judi kerana ia melanggar moral dan etika kehidupan masyarakat kerana berlaku unsur pertaruhan, penindasan,penyelewangan,penipuan dan pembaziran. Persoalannya sekarang, kenapa masih menghalalkan judi di Malaysia? Adakah kita tidak mampu menampung pembelanjaan negara jika tiada hasil perjudian?

Bentuk-Bentuk Perjudian

Terdapat pelbagai bentuk2 perjudian di Malaysia, namun saya akan ketengahkan segelintir bentuk perjudian yang kita tanpa sedari terjebak dlm kancah penjudian.

1. Pertandingan
-Hadiah ditaja oleh semua peserta, peserta dikenakan bayaran yuran penyertaan.
* Hasil daripada kutipan yuran penyertaan itu dan sebahagiannya atau keseluruhannya digunakan untuk membeli hadiah. Maka terdapat unsur pertaruhan dlm konteks ini, maka pertandingan ini diklasifikasikan sbgai "Perjudian".
Pihak penganjur belindung dalam erti kata "Yuran Penyertaan".

Namun sebaliknya jika pihak penganjur menyatakan yuran penyertaan itu digunakan untuk menghidangkan makanan/ape2 perkara2 yg tidak melibatkan hadiah, maka pertandingan itu adalah bukan suatu bentuk perjudian, kerana wang tidak terdapat unsur pertaruhan,sebaliknya wang itu digunakan untuk pengurusan lain.

Maksudnya di sini adalah, jika wang penyertaan digunakan untuk membeli hadiah, seolah-olah seleruh peserta membayar wang dan mempertaruhkan wang untuk mendapatkan hadiah tempat pertama 1/2/3. Maka yang jadi penindasan adalah, peserta yang kalah dalam pertandingan tersebut.

2. Perniagaan
*Bila sentuh isu peniagaan kita kene fikir, bentuk pernigaan jenis apa yang akan kita jalankan. Trend masa kini, kebanyakkan kita gemar penigaan yang akan membawa pulangan hasil dalam masa singkat. Kita ambil contoh, perniagaan internet. Ia tidak memerlukan modal yang tinggi kerana tidak memerlukan penyewaan tapak perniagaan,tidak memerlukan lesen pernigaan dan tidak memerlukan perkerja bagi menarik pelanggan. Segalanya2 mengunnakan komputer dan internet dalam menjalankan urusan perniagaan. Persoalan timbul, dimanakah wujudnya unsur perjudian?

Contoh :
Program MLM

Industri MLM "Multi-Level-Marketing" mengunnakan internet sebagai sebuah medium pemasaran. namun begitu, industri MLM pada masa kini sudah agak parah, ini kerana banyak syarikat-syarikat MLM telah djangkiti oleh skim-skim piramid yang seringkali menggunkan "lesen AJL" untuk sesebuah syarikat MLM sebgai topeng mereka.

Komisyen yang sepatutnya dibyar berdasarkan "jualan produk" kini sudah ditukar dan dibayar berdasarkan "bilangan agen baru" yang dapat ditaja. Jadi, tidak hairanlah jika dilihat, mengapa pengigiat-penggiat MLM masa kini, bermati-mati mencari ahli baru untuk dijadikan downline mereka daripada memasarkan & menjual produk-produk keluaran syarikat MLM itu sendiri.

Ayat-ayat jualan yang sepatutnya menerangkan tentang keistimewaan produk seperti "Produk ini berkualiti!berkhasiat dan dijamin halal" kini ditukar "jadilah jutawan MLM tanpa perlu menjual produk,tanpa perlu membuat "maintain" bulanan dan juga tanpa perlu datang mesyuarat setiap minggu!"

"Bilangan agen baru"yang dapat ditaja dan pendaftaran dikenakan bayaran tertentu, maka unsur gharar dan judi berlaku keranan perolehan harta melalui pertukaran bukan atas kerja dan perniagaan sebenar,samar dan tidak pasti. Ia 'permainan' mendapatkan keuntungan

Terdapat bentuk perniagaan lain seperti Program Affliate,Program Randomizer,dan Program Forced Matrix, HYIP(High Yield Investment Program), merupakan suatu bentuk perniagaan yang mempunyai unsur perjudian.
Oleh itu AWAS ! dengan bentuk perniagaan seperti ini.

Status Industri Judi Di Malaysia- 'Mengahalkan Yang haram"

1999- RM 2.759 Bilion
2008- RM 2.37 Bilion

-Sumber Jawi

Berikut merupakan hasil pendapatan dalam negara hasil daripda sektor perjudian. Wajarkah Malaysia digembar-gemburkan sebagai IKON negara Islam, mempu menjana pendapatan perjudian sehingga berbilion2 ringgit?...

Kenyataan Ministry Of Finance(MOF), dipetik:

"Lotteries unlawful except with permit of Minister of Finance
-Subject to section 16, any lottery promoted or conducted without a permit granted by the Minister of Finance under this Act or otherwise than in accordance with this Act shall be unlawful"

Maknanya di sini, judi itu tidak haram, jika diberi permit oleh MOF?..Ini yang dikatakan menghalalkan apa yang diharamkan.

Dlam perlembagaan Malaysian, perkara 11 menyentuh isu "Hak Kebebesan Beragama". Jika MOF menggunakan peruntukan pelembagaan Malaysia dalam perkara 11(1) yang menyatakan"Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan,tertakluk kepada Fasal(4),mengembangkannya" dan ia merupakan hak kebebasan penganut lain untuk mengamalkan judi, ia secara tidak lansung membuktikan MOF mengetepikan 2 perkara penting lain iaitu :-

1. Agama2 lain turut menegah/mengharamkan perjudiaan.
2. Perlembagaan Malaysia, Perkara 11(5) menyatakan, "Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawananan dengan mana-mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam,kesihatan awam atau prinsip moral"

*Perjudiaan merupakan suatu perkara yang tersasar daripada "Prinsip Morality" dan sekaligus mengetepikan perkara 11(5) perlembagaan Malaysia. Rakyat Malaysia bebas menganuti agama mereka, namun, jika suatu perkara bertentangan sifat moraliti itu sendiri, ia harus ditegah!..Pendirian MOF mengenai amat tersasar jauh daripda prinsip morality


Syarikat-syarikat Judi di Malaysia
1. Genting Berhad(Casino)
2.Resort World Berhad(Pusat Hiburan dan Perjudian)
3. Magnum Corporation (Nombor 4 Ekor loteri)
4. Metroplex Berhad (Subic Bay Casino)
5. Leisure Management Berhad (4 Nombor Ekor Dan Lumba Kuda)
6. Berjaya Sport Toto(4 nombor Ekor dan Ramalan Nombor)
7. Tanjong Public Unitend Company (lumba Kuda)

TERAS pengupayaan melayu dengan kerjasama Majlis Perundingan pertubuhan Malaysia

Top-10 largest casinos by number of employee
1. Casino de Genting(Malaysia)-13,000
2. Foxwood Sun Casino-10,220
3. Mohegan Sun Casino-10,,000
4. Bellagio(Las Vegas)-9,700
5. MGM Grand(Las Vegas)-9,000
6. Mandalay bay (Las Vegas)-8,000
7. Sands Macao(China)-8,000
8. Caesar's palace (Las Vegas)- 7,500
9. Borgata(Atlantic City)-7,000
10. Atlantas Resort and Casino(Bahamas)-6,500

Source:Casino City

Kesimpulan

*Pelbagai fakta telah dikemukan bagi memberi penjelasan kepada masyarakat umum tentang perihal yang sebenar berlaku di Malaysia. Kerajaan Malaysia perlu melihat kembali dasar-dasar yang dilaksanakan agar ia sejajar dgn pembentukan prinsip moraliti. Malaysia yang merupakan IKON negara Islam, tidak harus mengetepikan prinsip penting iaitu Islam sebgai Agama Perseketuan, bukan Islam sbgai agama rasmi, yang hanya mengunakan Islam untuk tujuan2 rasmi, namun melupuskan nilai dan prinsip Negara Islam yang sebenar. Masyarakat Malaysia, terutama beragama Islam, harus mempersiapkan diri dan memperhalusi pemahaman Islam dengan memegang pada dalil2 Al-Quran dan nas2 hadith serta pandangan ulama-ulama. Masih tidak terlambat untuk mengubahnya, selagi kemahuan dan keinginan menegakkan syiar Islam tersemat di Hati.

*Penulisan ini hanya sekadar perkongsian ilmu dan pertukaran pandangan.

Segala kekurangan adalah datang daripda diri saya sendiri, yang baik semuanya dtng daripada ALLAH SWT..Insyallah..

Ilham

No comments: