Monday, May 16, 2011

~Umrah~, Panggilan Allah..



Assalamualaikum sahabat sekalian..

Hampir genap sebulan kepulangan ku dari Tanah Suci, dan ku harapkan agar kepulangan ini membawa sinar perubahan meniti masa depan yang lebih cerah..

LABAI KALLAH HUMMA LABAIK
LABAIKALA SYARIKALA KALA BAIK
INNAL HAMDA WALNI’MATA
LAKAWAL MULK
LA SYARIKALAK

Bisikan panggilan umrah masih terdengar dipangkal telinga ku...aduhai, sedih dan sayu rasanya perasaan ini takkala ku dengar alunan ini..

Sebenarnya sahabat, perancangan dan aturan pemergian ku ke tanah suci ibarat suatu yang telah dirancang dan sangat terancang oleh ya Rabbi Allah.Mungkin sesetengah pihak mengatakan apa yang berlaku pada diriku suatu kebetulan, dan apa yang pasti inilah janji Allah.

Sahabat,
Niatku terlintas untuk pergi ke Tanah Suci, aku mulakan pengajian di UNITEN iaitu, 4 tahun lepas. Ia terjadi,di sebabkan CGPA aku di MRSM tidak pernah melepasi 3.0. Aku berkata pada diriku,"Ya Allah, aku bukanlah seorng pelajar cemerlang, namun ku pohon agar aku diberi kesempatan untuk pergi ke rumah mu ya Allah, sebelum aku tamat pengajian di UNITEN agar kecemerlangan itu aku dapat rasai".

Faktor Keluarga

Dalam masa yang sama, ibuku sudah meningkat usia, dan dia tidak mengerjakan haji. Ayahku ajak, dia tidak mahu. Aku sangat risau, dan dia pernah berkata, dia mahu mengerjakan umrah bersamaku dan kemudian baru mengerjakan haji. Pada ketika itu, aku sangat sibuk dengan program dan aktiviti UNITEN, sehinggakan masa2 cuti ku, aku berada di UNITEN. Masa sangat singkat, dan kami mencari masa yang sesuai, tpi agak sukar.

Aku sedih, dan aku berfikir, adakah disebabkan tindakan ku yang mementingkan aktiviti UNITEN sehinggakan aku tiada ruang untuk mengerjakan umrah bersama keluargaku. "Ya Allah, adakah ini silapku Ya Allah!"
Keluargaku sangat "supportive", dan mereka sangat menyokong segala tindakan ku.

Aku sentiasa berdoa,

"Ya Allah, engkau permudahkanlah urusanku, engkau berilah ruang untuk ku, agar aku dpt sama2 mengerjakan umrah bersama ibuku, dan aku mahu dia mengerjakan haji pada tahun berikutnya"

Faktor Kesihatan Ibuku

Pada tahun 2010, ibuku mengalami masalah tulang belakang. Penyakit ini adalah penyakit lama,tapi kini berulang. Kali ini sangat teruk sehingga hampir sebulan berada di hospital. Dikala maslahat yg dia alami, hati mula terdetik mengingat Allah. Selepas dia sembuh, hatinya mula terdetik, namun ketika itu aku masih ada pegang suatu program yang amat penting dan aku fikir ini adalah program terakhir utk persatuan ku PRS.

Faktor Berhenti daripada Aktiviti Kelab

Pengalamanku bergiat aktif dalam PRS bermula ketika aku menjawat jawatan dlm Program PINTAR 2008, dan aku mahu mengakhiri zaman ini dengan Program PINTAR 2010(dimana, aku KP program). Perancangan ini telah lama ku rancang atas sebb, aku mahu memberi ruang yang lebih untuk keluarga dan faktor pointer yang tidak beberapa memuaskan. Aku terima desakan daripda beberapa pihak untuk terus menjawat jawatan dlm PRS, dan pada ketika itu, mungkin aku di undi sebgai Pengerusi PRS. Ada yg kata, "ilhami ko nak lihat PRS tenggelam?", ada yang cakap, sudah tiada calon lain yang berkaliber selain aku. Aku mmg fikir, ketika ini,seharusnya peluang aku yg naik kerusi Presiden.

Ingin aku katakan kepada mereka2 ini, "Selagi kalian mengamalkan sikap,corak pemikiran yang terpencil ini, sehingga hari ini atau kelak, saf kepimpinan PRS tidak akan matang!" Jangan tipu aku, jika kata PRS tidak pernah melahirkan pemimpin berwibawa, jika seorng yg diharap2kan tiada. Lihat bekas2 MPP, siapakah dikalangan mereka?..mereka adalah senior kita!..PRS ada kredebiliti, mampu melahirkan pemimpin yg berwibawa. Kita harus keluar daripada sikap terpencil ini, jadilah kelab yg independent, yg matang dan mampu menjadi contoh kepada persatuan lain!,Jadikan PRS sebagai medan pembelajaran bukan hanya melahirkan jodoh2 percintaan shj!..Ingat teman PRS ku!Sbb 2 dlm PRS,aku x terima sogokan senior2 atau individu lain, cari jodoh dlm PRS, aku sayang PRS seperti aku sayang keluargaku, dan kamu semua adalah adik2,abg2, dan kakak2 ku di UNITEN. Ada orng ingat aku merajuk dgn MT2 lain, dan ada orng x puas hati dgn aku sbb kelancangan mulut aku. Sebenarnyer tidak, perbalahan adalah suatu perkara biasa dlm mana2 persatuan, dan aku bukan bermain dgn emosi dlm program atau persatuan, tapi aku keluar atas dasar prinsip dan perancangan hidupku.


Allah maha mengetahui apa yang dirancang, dan ketika berakhirlah PINTAR 2010, tamatlah perjuangan ku dlm PRS. Dan ketika inilah, hati ibuku mula terdetik untuk mengerjakan Umrah. Ia seperti suatu yg telah di atur, andaikata, ibuku tidak terdetik pergi,walaupun aku x busy, maka x jadi jugak pergi. Ibuku sangat unik kerana dia tidak boleh dipaksa, dan keyakinan dirinya kurang. Dia perlukan masa. Allah maha besar, dia mengatur dan atur perancangan itu dengan baik.


Perkara Yg Menakjubkan Berlaku ketika berada di tanah Suci.

1. Ulangtahun perkahwinan ibubapaku jatuh pada 11th April (11/4). Kami pergi ke Madinah dahulu sbelum bergerak ke Makkah, bilik kami menetap bernombor 1104(tingkat 11, no 4) di Madinah. Ini bukan pilihan kami, tapi pihak pengurusan di madinah yg aturkan. Ia seperti suatu kebetulan. Yang menakjubkan angka 11/4,pada hari tersebut 11/4, kami buat pertama kali mengerjakan umrah dan menjejak kaki ke Makkah al mukarammah!..Adakah ini suatu kebetulan?..sesungguhnya janji Allah itu pasti berlaku dan dia pasti akan membenarkan ia berlaku!.Kun Faya Kun!

2. Pada suatu hari, aku berpuasa sunat di Makkah, aku duduk membaca surah Ar-rahman, tiba2 hati aku terdetik untuk memohon suatu doa. Doa ini melibatkan pemasalahn yg berlaku dlm diriku sepanjang aku hidup. Hati aku terdetik sendiri, lalu, aku bangun dan terus pergi ke Pancur Emas,iaitu suatu tempat yg mustajab berdoa. Lalu aku berdoa.(aku tidak dpt memberitahu kalian apa doa itu, biar ia menjadi rahsia antara diriku dan Allah, kerana ia melibatkan hal peribadi)

3. Pada suatu tengahari, cuaca agak panas dan terik, sehingga mencecah 43 degree kalau x silap. Ibubapaku tekad mahu mengerjakan umrah sunat buat kali ke 3. Mereka pergi ke tempat tawaf, mereka sangka panas, tpi tidak. Umi cakp, luar masjidil Haram panas, tapi ketika lakukan tawaf, x panas rasanya. Umi x baca2 apa2 doa, tpi dia lakukan tawaf seperti biasa.

4. Di makkah, aku mengalami batuk yg agak teruk. Aku sudah jangkakan, jika aku batuk, pasti sukar untuk pulih. Ada suatu hari ini, aku pergi rumah sepupu ku di Jedah, aku batuk teruk ketika itu sehinggakan aku berkata dan berdoa,

"Ya Allah, jika ini dugaan engkau berikan, sehingga aku x mampu untuk menahan dugaan mu ini, engkau ambil lah nyawaku dgn sebaik-baiknya"

Batuk yg aku alami sangt teruk, lebih teruk apa yg aku alami sebelum2 nie. Keesokkan harinya aku makan Vitamin C, dan aku ambil air zam zam, aku baca Al-fatihah sbnyk 7 kali dan aku sapu di tengkuk ku. Alhamdulilah, keesokkan harinya aku kian pulih dan mampu terus melakukan ibadah.



*Sahabat, jika hendak menceritakan pengalaman di Makkah ini, terlalu panjang dan saya tidak menceritakan lebih kerana saya kuatir, jika segala2nya saya cerita akan menimbulkan rasa iri hati oleh orang lain atau takabur pada diri saya sendiri. Saya hanya menceritakan suatu pengalaman yg penting sahaja.

Apa yg saya kongsikan kepada semua, bahawasanya, Allah pasti menjanjikan suatu kebaikan kepada hambanya yang meminta. Allah melihat apa yang kita lakukan, Allah melihat segala tindak tanduk kita, dan dia mengetahui apa yang kita pinta. Ada perkara kita boleh katakan suatu kebetulan dan ada suatu perkara kita boleh katakan ketentuaan Allah.



Saya percaya, sahabat2 yg belum berpeluang menjejak kaki ke Tanah Suci, pasti pada suatu masa nanti berpeluang menikmati pengalaman seperti saya. Berdoalah kepada Allah seperti dlm firman Allah:


"Dan tuhan kamu telah berkata berdoalah kamu kepada aku nanti akan ku perkenankan permintaan mu sesungguhnya orang yang menyombong diri dari menyembah aku akan masuk neraka jahanam secara terhina". (Al-Mu'min 60 )


Insyallah, sama2 lah berdoa, agar2 kita berada dikalangan orang terpilih dan di panggil oleh Allah untuk mengerjakan umrah seterusnya mengerjakan haji..Insyallah..


waallhualam...

No comments: