Wednesday, May 18, 2011

Adakah dia mencintaiku?..



Salam

Bicara tentang cinta, suatu topik yang sinonim dgn remaja. "Aku jatuh cinta pada mu", luahan hati pemuda-pemudi zaman sekarang pada temannya. Banyak persoalan yang diungkaikan tentang makna cinta yang sebenar, yang hakiki dan cinta yang agung. Cinta yang paling agung adalah cinta pada Allah dan rasulnya.

Fokus utama perbicaraan mengenai cinta pada kali ini, menyentuh pada soal hati iaitu cinta antara sesama manusia. Perasaan kasih dan sayang merupakan suatu fitrah kurniaan Allah terhadap manusia. Kita tidak mampu mengelakkan sepenuhnya perasaan kasih dan sayang, tetapi kita diberi garis panduan tentang batas mahramnya yang perlu kita fahami bersama.

Wahai muslimin,
hati ibarat sebuah pokok yang sedang bercambah. Ia akan terus bercambah, sehingga nyawa kita di angkat ke luh mahfuz.Apabila ia membesar, ia akan menghasilkan buah. Bagaimana untuk kita pastikan buahnya itu elok?..kita perlu mempunyai baja yang baik, jagaan yang baik, diterangai cahaya dan tanah yang subur. Begitulah hati kita, bagaimana untuk kita kekalkan hati bersih?...kita perlu sentiasa positif, kita perlu sentiasa istiqamah beribadah dan kita sentiasa mengerjakan amal kebajikan.

Menjadi ancaman sebenar kepada hati adalah nafsu!

Hati akan menzahirkan kasih sayang, "Aku cinta padamu", zahir daripada sebuah hati.
Persoalannya yang timbul, cinta itu kerana apa engkau lafazkan? Kerana nafsu atau kerana keikhlasan hati? Cinta kerana keikhlasan hati, tapi bukan berlandaskan nafsu agar perhubungan itu dapat berkekalan dengan izin Allah

Sahabat,

Sebenarnya, Aku benar2 telah jatuh hati pada seseorang ini, tetapi, hatiku sentiasa berkata "si dia" masih tidak bersedia untuk itu. Itu kata hatiku, kata hati kecilku yang aku sendiri rasai.

Pengenalan yang sangat singkat, dan membuat hatiku ingin mengenali lebih tentang dirinya. Makin lamaku kenal, makin banyak aku cuba memahami dirinya, walaupun ada benda dia rahsiakan dan cuba menghalang diriku untuk mengenali dirinya lebih. Itu tidak apa, aku faham, ada benda kita tidak dapat kongsikan pada semua.

Sikapnya yang jujur ,lurus,matang,kelakar ,comel dan tahu batas2 agama membuat aku tertarik untuk mengenali dirinya lebih. Mungkin ini adalah ciri-ciri wanita pilihanku. Adakah kecantikan dia juga suatu daya tarikan ku?...Secara jujurnya ya, tapi ia terletak pada no 2. Aku melihat seseorang kerana hatinya dan cara dia berfikir, dan kemudian adalah kecantikan. Aku mahu memiliki seorang wanita, yang aku yakin, pada masa hadapan kelak, mampu menjadi seorang isteri SOLEHA dan kerana itu aku cuba mengenali peribadinya lebih daripada melihat kecantikannya.


Aku sentiasa berdoa selepas solat, agar "si dia" adalah jodoh buatku. Hari-hari, aku menanti dengan penuh rasa sabar dan tanzim serta istiqamah. Dia pernah berkata padaku, aku masih ada masa setahun lagi sebelum aku tamat pengajian dan sesudah itu maka kita akan simpulkan sama ada dapat bersama atau tidak. Dalam masa yang sama, dia juga berkata, dia melayan semua orang sama rata, tidak kurang atau tidak lebih.
Aku cuba neutralkan diriku, tapi kadang2 perasaan sayng itu muncul, dan aku peringatkan pada diriku, aku dan dia masih dalam istilah kawan, dan dia blum pasti jodoh buat diriku.

Dia seorang pelajar yang cemerlang, dan kecemerlangan dia melampaui pencapaian aku sendiri. Aku kagum, dan dalam masa sama, ia menjadi penyuntik semangat untuk aku lebih maju kehadapan. "Aku kne berusaha lebih gigih dalam semua hal!, aku kne lebih daripda dia!"..ini adalah suatu motivasi buat diriku. Disebabkan itu juga aku amat sayang pada dia..

"ilhami, jangan terlalu berharap, kelak, ko juga akan menyesal!", pesan sahabatku

Ya benar sahabatku! tetapi, adakah usaha aku untuk membentuk perhubungan itu adalah kerana terlalu berharap?..Aku berusaha membentuk perhubungan agar dia mengerti, yang aku mempunyai perasaan padanya tanpa menonjolkan sikap itu secara jelas dan berlebih2. Aku akur, kadang2 aku sendiri tersasar daripada landasan kebenaran itu, kerana aku sendiri tak mampu menyimpan perasaan ini.

Adakah tindakan aku ini terlalu "desperate"..

-Mungkin ada sesetengah pendapat ya. Aku tidak terlalu terdesak memilih, cuma bila hati aku berkata ya, aku terus mendekatinya. Jika aku desperate, kenapa selepas perbalahan dgn seorng hamba Allah, yang berlaku setahun lepas, aku tidak mencari pengganti pada tahun berikutnya?..Jika terdesak, aku akan cepat2 cari penganti dgn memilih mengikut hawa nafsu. Tetapi ini tidak, aku menilai mengikut pergerakan naluriku. Secara kebetulan, kami mempunyai byk persamaan, yg aku sendiri dpt rasakan pada awal2 perkenalan. Ini meyakinkan aku untuk terus mengenalinya lebih dalam.

Cuma persoalnya sekrng, adakah dia mencintai aku? adakah dia merasakan perkara yang sama?...Persoalan ini sentiasa bermain2 dlm fikiran ku...Aku pernh lafazkan, tpi mungkin dia agak gusar dgn diriku dan tidak cukup yakin lagi..


"Ya Allah, aku tidak mampu memberitahu kelebihan dan kekurangan diriku padanya. Aku tidak mampu berkata segala2 perkara baik tentang diriku padanya sepenuhnya kerana aku kuatir, ia menyebabkan aku jadi sombong dan takabur. Ya Allah, aku sendiri juga seorang yang tidak lari daripada melakukan dosa, dan aku juga ada kekurangan lain. Ya Allah, aku hanya mampu menjadi terbaik buat dirinya, yg hanya aku dpt lafazkan melalui perbuatan ku tapi bukan percakapan manis mulut berbicara. Ya Allah, aku pohon agar engkau bukakan ruang hatinya untuk diriku agar kami dapat bersatu pada jalan kebenaran, dan jika sebaliknya, pandulah hati dia berkata perkara sebaliknya kepada diriku secara terang-terangan.Ya Allah, jika engkau satukan kami, satukan dengan jalan yang diredhai dan jika engkau pisahkan kami, pisahkan kami pada jalan-jalan yang baik tanpa memutuskan hubungan silaturahim yg telah kami ikat atas dasar iman dan taqwa. Ya Allah, sesungguhnya, hatiku menunggu jawapannya dengan penuh sabar dan tanzim dan ku berharap kesudahan baik itu adalah buat miliku dan jika tidak aku akan terima dgn redha" ~amin~

Ini sahaja dapat ku ungkapkan. Di tengah2 antara perhubungan ini adalah Allah yang memerhatinya, dia Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana tentang segala aturannya.

Mungkin penantian jawapan ini suatu yang agak letih dan perlu istiqamah, namun, ku berharap dia mampu melihat keadaan hatiku,keadaan diriku dengan lebih jelas dan mampu membuat keputusan, agar penantian ini dia dapat fahami dalam soal hati. Apa-apa pun, aku akan terus berdoa menjadi insan terbaik dan jodohku adalah dia..Insyallah..Segala2 terletak pada kekuasaan Allah, dan aku redha jika keputusan itu bukan dipihakku, dan aku percaya Allah pasti membuat pilihan terbaik untuk hambanya yg memohon suatu kebaikan. Dan setiap ape yg berlaku, pasti ada hikmahnya..

*wah!..letih sungguh ku menaip tentang soal hatiku..xpe2..release juga pemikiranku...

wasalm...

No comments: