Monday, November 7, 2011

Cinta Mu Islam


Ya Allah, hu Ya Allah,

Aku menggigil ketakutan. Ya Allah yang membentuk zat2 seluruh alam, engkau menyaksi satu persatu peraturan alam ini. Engkau maha mengetahui lagi maha bijaksana.

Ya Allah, aku berlindung daripda bisikan syaitan yang mengoyahkan iman dan hati kami Ya Allah, sesungguhnya sikap was-was ini berpaksi daripadanya ya Allah. Sesungguh, aku berlindung kepadamu Ya Allah, kami berlindung daripdamu Ya Allah.

Ya Allah,

Aku tau setiap aturan engkau aturkan. Ya Allah, bagaimana hendak ku tahu jodohku itu Ya Allah?..Di alam yang penuh cabaran, penuh kemaksiatan, di mana aku mampu mencari permata hati itu ya Allah?..Dalam hati dan kewarasan akal ku hanya tinggal nas dalil mu Ya Allah dan Hadis rasulullah. Dalam kegelapan siang yang penuh kemaksiatan, hanya dua rujukan ini sahaja ku guna untuk mencari permata hati ya Allah. Ya Allah, aku buntu..

Ya Allah, sesungguhnya, aku bertemu seorang bernama kekasih Ya Allah. Namun cintamu pada Ya Allah, tidak ku lebihkan berbanding cinta kepadanya. Engkau pertemukan buatku dgn kekasih, alhamdulilah hebat aturanmu, engkau atur dan serba lengkap dan sesuai untuk diriku ya Allah. Aku teringat dalam surah An-Nur, engkau menyatakan "perempuan yang baik untuk lelaki baik, dan perempuan jahat untuk lelaki jahat". Aku mungkin insan yang jahil, namun aku cuba mendekati diri padamu Ya Allah untuk menjadi insan yang baik.

Ya Allah, di hari mulia ini, sempena hari raya korban,aku berkorban jiwa ragaku dan ku teguhkan hatiku kepada insan bernama kekasih dengan memberitahu perihal keluargaku. Ya Allah, aku teringat ujian engkau terhadap nabi Ibrahim pada kisah aidil adha, bertama teguh imannya kerana mencintai engkau dia sanggup korbankan. Hari ini, aku diuji, tentang pendirian seorang kekasih yang ingin melepaskanku kerana kesian pada tanggungjawabku kelak. Ia seperti aturanmu ya Allah, hatiku mahu membincarakan soal hati. Pengorbanan dan Cintaku diuji. Ya Allah, aku mengigil ketakutan. Setelah beberapa seketika aku membaca zikruallahmu, aku teringat akan kisah nabi Ibrahim dan Ismail. Ya Allah, apa2 pun terjadi, aku mohon keampunan jika aku terlalai mencintainya melebihi engkau.Aku sedar, aku harus tenang, aku tahu engkau yang patut aku cintai melebihi segala zat.


Ya Allah

Alangkah indahnya dia dapat mengenali aku sepenuhnya dalam sekelip mata, alangkahnya indah dia melihat keseluruhan keluargaku sekelip mata, Ya Allah, aku tidak mampu berkata apa yang melebihi aturanmu. Ya Allah, aku hanya insan biasa, aku mohon kekuatanmu daripda mu. Ya Allah, manisnya cinta bila ia disusuli dengan penikahan. Alangkah indahnya, hari ini aku berjaya, aku mampu menikahinya. Ya Allah, mungkin kelemahan ku aku mahu memiliki segala2nya dalam sekelip mata. Aku terbatas Ya Allah kerana tanggunjawab untuk jihad fisabililah iaitu menuntut ilmu menghalangku. Ya Allah, aku lemah dalam perihal ini.

Doaku,

"Ya Allah, pertemukan buat ku dengan Syazwanee Maysarrah, dan teguh iman kami serta jauhkan kami daripda kemaksiatan". Ya Allah, ini doaku selepas aku solat 5 waktu.
Ya Allah, aku bersungguh2 dalam soal hati, aku tahu mungkin aku merana jika aku gagal. Ya Allah, aku mahu engkau tahu, bahawa aku mahu berusaha melakukan terbaik buatmu. Aku mencitainya kerana mu, kerana agama mu Islam. Ya Allah, aku melakukan amar makruf nahi mungkar, kerana aku mahu menjaga kehormatannya. Aku mahu nilai mahar yang aku berikan sesuai dengan harga dirinya. Aku sanggup demi perempuan solehah. Cukup untukku menerima dirinya, apa yang penting agamanya. Aku x mampu mencari ganti yang lebih baik daripadanya kerana aku percaya sesunguhnya manusia tidak sempurna.


Aku hampir pasrah, namun aku masih mampu mengawal kerana cintaku padamu Ya Allah melebihi zatnya.

Ya Allah, engkau tetapkan hati dia ya Allah buatku, aku pohon ya Allah, hanya kata2 itu mampu ku panjatkan padamu..Aku lemah, dan aku x mampu berkata2 apa..Aku serah padamu ya Allah..Aku tawakal...

Aku percaya hadirnya kekasih, bukan memberi kelalaian dalam diriku..Hadirnya dia, bagi membantu pertingkatkan kekuantan untuk aku lebih berjaya dan aku tidak akan sia2kan..Ya Allah, aku lemah...

Ya Allah, hanya engkau saja mengetahui apa yang hadir dalam hatiku..Sabar wahai hati, Allah masih menyayangi kita...Kepada dia juga tempat kita kembali...

Allah hu Akbar!,Allah hu Akbar!,Allah hu Akbar!..

No comments: