Thursday, March 4, 2010

Siapa lebih berkuasa?


salam semua....di sini saya ingin berkongsi pendapat tentang pandangan beberapa pihak tentang kes Kartika yang dikenakan sebatan atas kesalahan minum arak dikhalayak ramai..

Sebelum saya berbicara lebih lanjut ingin saya tegaskan, "Ini adalah pendapat secara Individu, dan tidak harus dimanipulasikan oleh sesetengah pihak dgn pandangan saya".

Baru-baru ini, saya ada terbaca dlm ruangan malaysiakini, yang menyatakan..

" SULTAN PAHANG BOLEH AMPUN KARTIKA"...
1. Dalam isu ini, ada dinyatakan, sultan pahang mempunyai kuasa mutlak untuk memberi pengampunan kepada kartika, walaupun kartika tidak meminta untuk berbuat demikian..

2. Ingin saya jelaskan pandangan saya, pada sebelum ini, kartika bersedia untuk menerima hukuman sebatan atas alasan ia akan menjadi pengajaran umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia..

3. Jika pengampunan ini dilaksanakan, saya berfikir, hukuman Islam yang diterapkan dalam undang-undang islam ibarat ."diperlekehkan". Walau bagaimanapun, kajian mengenai isu ini masih belum memberi keputusan muktamad..Saya harap, ia tidak akan dijalankan..

4. Islam itu indah, walaupun ia flexible mengikut arus perubahan zaman, tpi asas undang-undang tidak harus diperlekehkan.Walaupun dalam al-quran tidak menyatakan berapa bilangan sebatan dikenakan bagi yang minum arak, tetapi harus diingat keputusan Makhamah Syarie harus diambil berat, kerana ia keputusan berlandaskan hadis dan mazhab yang kita pegang..

5. Mana-mana pihak yang cuba mengexploitasikan, dengan meyatakan hukuman itu menyalah hak asasi manusia , ingin saya tegaskan.."Siapa yang lebih berilmu antara anda, ataupun orang yang menetapkan hukuman islam yang berlandaskan, Al-quran, sunah dan hadis?"..Harus kita fikir bersama..Yakin lah pada yang berilmu sebelum berbicara..

6. Saya ingin petik sebuah hadis rasulullah tentang isu arak dan ade menyatakan:-

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Rasulullah SAW melaknat mengenai arak, 10 golongan: yang memerahnya, minta diperahkannya, meminumnya, membawanya, minta dihantarnya, menuangkannya, menjualnya, makan harganya, membelinya, minta dibelikannya.”
(Hadis riwayat Tarmidzi dan Ibn Majah)..

Jadi harus kita ingat, bertapa tegas rasulullah tentang arak, jadi apakah kita ini, masih boleh bermain-main dengan undang-undang islam?...Fikir2 lah bersama...

No comments: