Dewasakah aku?....
Aku sebaik mungkin cuba mungubah diriku supaya menjadi terbaik..
Aku bukan boneka...
Hidupku berpegang pada prinsip..
Aku juga mau hidup sperti kalian..
Dewasakah aku?..
Hati aku hanya ada perkataan amanah..
Nilailah hatiku dan bukan peribadiku..
Dewasakah aku?
Wednesday, September 1, 2010
Thursday, August 26, 2010
Destinasi ku...
salam ukhwah,
sudah lame tidak ku layari blog aku ini..takkala busy dgn program..yang pasti aku bukan seorng penggemar blog yg sepenuhnya..
Hari ini, aku kira, aku membuat suatu keputusan yg sukar. Ada yg berpendapat, aku harus bertanding MPP, ada juga berpendapat aku harus bertanding untuk Presiden PRS. Takkala berada dua persimpangan, aku hanya mengambil jalan lurus, yang kekal dan optimis untuk tidak bertanding dalam mana-mana jawatan. Apa erti semua tindakan ini?..
Hari ini , akan aku jelaskan pada semua:-
1. CGPA ku tidak melebihi 3.0.
2. Tanggungjawab bersama keluarga
3. Aku fikir, destinasi ku perlu berkembang untuk mencari peluang lain untuk memperbaiki diriku.
4. Aku menimba pelbagai ilmu tanpa kokongan daripada mana2 organisasi yg memerlukan suatu komitmen yg tinggi.
Wahai teman, aku bukan wira untuk menyelamatkan mana-mana organisasi. Seorng "wira" hanya dapat pengiktirafan jika dia benar2 bersedia dengan kelengkapan untuk menjadi "wira". Aku bukan wira kamu..tpi aku sayang kamu PRS..Kerana sayangku pada PRS, aku menolak segala jawatan yg ditawarkan oleh mana2 organisasi yg mengenali diriku termasuk kelab Bahas.
Aku optimis pada kalian, cume atas dasar dan 4 faktor , aku terpaksa berundur diri
Wahai teman, prinsip hidupku berpegang pada amanah dan tanggungjawab. Adapun tindakan ku untuk tidak menjadi Presiden PRS, kerana ade sebilangan ahli tidak puas hati dengan sikap ku yg tegas dan lantang bersuara tanpa memahami perasaan orng lain. Ya, aku akui aku lantang bersuara, aku lantang menegur.Terima kasih kerana menyembunyikan perkara ini daripada saya, takkala kalian lansung tidak cuba untuk menasihati diriku.
Sahabat, aku berpegang pada prinsip "amal makruf nahi mungkar"..Jika aku salah, perbetulkan aku. Tidak molek untuk kalian selindungkan hati kalian. Aku jujur pada kalian dengan kelantangan teguran ku, tapi adakah kalian jujur pada diriku?..tidak...Walaubagaimana pun, sya akan tetap cuba untuk berubah untuk kebaikan kita semua.
Aku berani keluar daripada suatu kelompok yg sngt hebat di mata universiti..Ada kata, aku menghancurkan masa depan sendiri..Aku tidak mengejar jawatan, hidupku berpaksi pada "maruah dan harga diriku", dengan ini kalian sendiri ukur dan fikir tentang diriku..
MPP?...klau aku berminat dlm jawatan MPP, aku aku bersedia dengan menjadi ahli sub exco mpp, tetapi sayangku tetap pada PRS..
Saya harap kalian berdoa kesejahteraan perjuangan hidup ku. Aku mahu dikenali sebgi seorng yg tegas pada prinsip hidupnya. Aku juga bercita-cita untuk menjadi salah seorng pemimpin di Malaysia, moga kalian doakan yg terbaik buat diriku..Kelak bila aku mahu jadi pemimpin, aku akan kata, aku "bersedia"..Kini, aku sedang mengatur langkah dan perbaiki percakapan ku yang aku rase perlu, sbgai suatu modal untuk meningkat maju dan pergi lebih jauh dalm arus politik kelak..
Maaf kerana aku berundur daripda mu, tapi aku tetap sayang kamu PRS..
Thursday, June 3, 2010
Allah Sedang Menguji ku..
~Ya rabbi, Ya Muhaimin, Ya karim...Allah humma Ya Allah...
~Ya allah, setiap detik, setiap saat, setiap jam, engkau melihat hamba mu ini. Di saat, kian program ku makin hampir. Banyak dugaan yang hadir.
~Ku hampir mengalah, ku hampir kecundang, ku hampir jatuh. Tekad, redha dan sabar, aku pegang. Inilah dugaan.Segala2nya akan mematangkan diriku. Jika hari ini, aku gagal menempuh onk dan duri ini, maka gagal lah aku dlm kehidupan ini..
~Berpanjikan kepada tasbih mu ya allah, aku pegang pada kekuatan ayat2 suci mu..
~Kalu kisah cinta dalam Ayat2 cinta sungguh besar dugaannya, dugaan ku hanya setitik sahaja..
~Kepada teman2 yang membaca post ini.."Sungguh pun Allah menguji ku dgn dugaan, aku tetap konsisten dengan amanah yang dijulang!..Amanah ku adalah untuk mendidik anak bangsa, amanah adalah jihad agama!, aku akan teruskan, walaupun apa jua dugaan yang bakal di tempuh..."....Saya selaku Ketua Pengarah Program PINTAR 2010, akan komited dgn tanggungjwab yg dipikul dan aku akan julangkan syiar Islam dalam program PINTAR kali ini!..Allah hu akbar
Friday, April 9, 2010
M.I.S.S....of my TIME
.jpg)
huhu.......Skrng, kwn2 aku blik kampung...aku plak terperangkap di UNITEN...huhuh...nape?...ini jawapannyer..
Aku berprogram.....Perkara keliling menjadi semakin mencabar...aku tidak hairan ia mencabar atau tidak..Aku lebih suke bile ia mencabar...Cume rase tertekan sedikit, bile banyak perkara kene lakukan dengan pantas..Aku tabah dan sabar, dengan setiap ujian allah..Dalam hidup ini , klau kita duduk diam seketika, x semestinya kita gembira..Ada orang kaya, harta banyak, tpi x gembira juga...Allah itu MAHA Adil..
Daripada awal sem, hidup ini penuh dengan rintangan..Pada awal sem hari 2, test aku byk down...secara jujurnya kerana perancangan program aku...Alhamdulilah, aku tingkatkan kembali dalam test 2 aku...Final exm boleh la buat skit...Tpi itu semua dugaan...Cume kadang2 hati ini, kadang2 lemah seketika...Mengamati, perjalanan dan cabaran hidup aku...
Ini hanya cubaan, dugaan, jangan mengaku kalah....Sebab peluang yang aku terima ini, tidak semua orang terima..Amanah ini memang besar..Inilah lumrah seorng pemimpin..
Aku mengamati perjalanan kehidupan seorang pemimpin. Memang tidak disangkalkan lagi, kehidupan mereka sentiasa dipenuhi onak dan duri. Kehidupan mereka penuh perjuangan. Tapi aku?..adakah aku berani menjdi seperti mereka?..Aku adalah pemimpin sekarang..Aku harus sedar, orang bawahan aku semua, menanti amanat yang aku sampaikan..Aku adalah "NAHKODA BAHTERA PINTAR"..Aku x akan sekali2 membenarkan ia retak...
Biar ribut melanda, Biar kilat meyambar, biar ombak bergolak, biar bumi bergoncang, aku x akan biarkan bahtera aku retak!!!...
~Inilah motivasi buat diriku, tiada nasihat yang lebih baik, melainkan menasihati diri yang kamil ini..~
Wednesday, April 7, 2010
Science In Quran

Ya, akhirnya aku jumpa tajuk btul2 yang aku ingin jiwai...
Sekarang nie, usia ku 21 tahun..Tahun pengajian ku, dh nk msuk tahun 3..Aku menuntut jurusan kejuruteraan mekanikal..kerjaya ku pun kian hampir...huhu
Albert Einstein said. " Science without religious is lame, Religious without science is a lame."....Kita tahu einstein seorang yahudi. Dia salah seorang scientist yg menentang pengunaan gas beracun oleh tentera german pada perang dunia pertama. Dalam soalan ilmu fizik, aku suka sebut psl einstein nie, orang kata dia yahudi, apa yang nk ko kagum sngt. "Dialah salah serong yahudi, yng x berfikiran Zionis, seperti apa yang kita lihat masyarakat yahudi sekarng". The science should be uphold alongside with religious. Jangan kita buta science kerana kita lupa pda agama.
* Petikan daripada sebuah blog:-
Keagungan dan kebenaran kandungan al-Quran tidak dapat disangkal sesiapa. Hal ini membuktikan kerasulan Nabi Muhammad SAW. Kandungan al-Quran tidak mampu dicipta sesiapa selain Allah Maha Pencipta. Firman Allah bermaksud: "Maka apakah mereka tidak memerhatikan al-Quran? Kalau sekiranya al-Quran itu bukan dari Allah, tentulah mereka mendapat percanggahan yang banyak di dalamnya." (Surah an-Nisa, ayat 82)
Menurut doktor perubatan Perancis, Maurice Bucaille (1978) dalam bukunya The Bible The Quran and Science, "Sementara ada kesalahan amat ketara dalam Bible, saya tidak mendapati satu kesalahan pun dalam al-Quran(sungguh bangga gw jadi muslim.)
byk penemuan2..science hari ini, membongkar rahsia al-quran. Tapi ada jua golongan yang kuat menentang...Mereka menafikan tentang kebenaran al-quran. Mereka mengaikatkan Islam dgn "Lucifer"(Iblis)..Masyallah...tidak cukup dengan kebenaran dibuktikan, ada jua yang menentang..."Ya Allah, bantulah hamba mu ini berjuang, buktikan kebenaran al-quran. ..Kelak aku akan berjuang, dan buktikan ketelusan al-quran ini"..insyallah
~"Aku akan buktikan kebenaran tntang Al-quran kepada golongan yg buta tentang ISLAM!"...
Friday, March 26, 2010
Kerakusan Pemimpin

Salam semua, aku ingin berbicara psl politik sebentar...lame x dok coret2...maklum la sibuk dgn final exm..
Manusia adalah khalifatulah mukminin dan rasulullah juga di turun di atas muka bumi ini sebagai sebagai pemberi syafaat.
~ Aku teringat kisah pada zaman sahabat, di mana Saidina Umar pernah melucut jawatan seorng gabenor di syam, atas dasar dia mengaut harta yang berlipat ganda sedangkan rakyat di negara itu miskin.
~Aku teringat jua pesan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz kepada anaknya, "wahai anakku, aku tidak meninggal sebarang harta bagi melainkan apa yang ada di dalam rumah ini. Segala hartaku aku gunakan untuk kepentingan rakyat".
* Lihat, 2 konteks keadaan, di mana ciri-ciri seorang pemimpin..
Hari ini, aku melihat sistem peradaban dunia mengunakan sekularism...Harta, pangkat, tamak, gah di mata rakyat...Manusia diberi gula2 yang manis, sehingga lupa dan ALPA dengan kepahitan sebenarnya..Habis makan gula, mesti nk lagi kan?..mkn byk2...lupa pada diri...
~Masalah sosial, keruntuhan akhlak remaja makin menular..Islam pada asasnya mementingkan pembangunan sasiah dan rohani baru diikuti pembangunan jasmani.
Hari ini, Islam tinggal pada nama saja, BUKAN dalam hati.
Saya berani tegaskan, perundangan Islam di Malaysia masih samar2...Kenapa?...Lihatlah pemimpin negara...Adakah semua berciri nas2 ISLAM...Saya rasa ia seakan sebuah retorik semata-mata..Mufti2 negara boleh mengeluarkan pelbagai fatwa..Tiada persefahaman yang jelas. Mufti negeri cerita lain, mufti negeri lain cerita bnda lain...
ROKOK
Mcm kat selangor rokok diqiaskan dengan arak..Maka hukumnya haram..Tpi, ORANG MELAYU ISLAM ....dok x sedar2..x ambil kisah, mybe bnda remeh temeh kot...
Mana asas pendidikan negara menegaskan ISLAM
~aku teringat dulu ketika belajr di MRSM, aku dapat rasakan ilmu agama suatu bnda yang berlainan dengan ilmu-ilmu lain.. Bila cite psl agama, aku buhsan, boring la n bla2....
Sekarang aku sedar, kenapa ini terjadi, kerana, ilmu alam diasingkan dengan ilmu agama..INILAH SEKULARISM...
...pernah x korang dengar, dtng kels Fizik or Bio, cikgu relatekan dengan dalil?...aku rse xde, ketika time aku...Hari ini ada menteri cadangkan pendidikan SEX letak dlm pembelajaran..X cukup ker ade dalil al-quran menyatakan tentang kejadian manusia...Apa punya menteri nie? Masalah ini masalah keruntuhan akhlak, bukan masalah bdk2 nie x faham sex..Manusia ada nafsu, dia mengerti apa yg dirasakan...Bila disemburkan dengan roh2 islam tentang perasaannya, maka x jdilah msalah sex bebas nie...
~Wahai Pemimpin, kembalilah kepada ajaran Allah, ketuailah negara berpandukan Al-quran dan As-Sunnah.. Jangan kita terbuai2 dengan arus perubahan yg dilakukan oleh kaum kafir..Islam itu mempunyai nas-nas cukup untuk panduan hidup..Cukup dengan wasiat rasulullah iaitu AL-QURAN dan As-Sunnah.
KEMBALIKAN ISLAM DI MALAYSIA PADA YANG HAKIKI!!!
Saturday, March 13, 2010
The arrival of Dajjal
...Terdetik pemikiran ku untuk menulis tajuk ini.......Aku baru selesai menonton dokumentari yang mengisahkan tentang kehadiran Dajjal laknatulallah..
Video yang aku baru saksikan, menyaksikan dan menuruti perjalanan dalam menerokai siapakah itu dajjal..
Ciri-ciri dajjal:-
1. bermata satu
2. pada dahinya ditulis perkataan kafir
3. dia akan wujud antara negara Syria dan Iraq
4. Dia mampu memperdayakan manusia supaya mengikut jejak langkahnya
5. Dia mampu menghidupkan manusia yang telah mati dan ia menyebabkan sesetengah percaya dia adalah tuhan
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.”
Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.”
Adakah kalian sedar akan tanda-tanda ini?....Kadang-kadang aku suka bersendirian berfikir tentang hal dunia sekarang...Bila aku membaca kisah dajjal dan tentang kejadian alam aku mula memahami serba sedikit, apa matlamat hidup ini terhadap sang pencipta..
Lebih mudah dikatakan, aku datang UNITEN untuk blaja .. Sama juga aku hidup ini mesti ada tujuan kpd sang pencipta..
Bila aku habis saksikan dokumentari ini, baru aku sedar, bertapa masa depan akan datang pasti lagi mencabar..
Wahai kaum muslimin, selagi hidup kita ini dinodai dengan arus perubahan masa yang manis bak gula-gula, maka satu ketika nanti cacatlah perjalanan hidup kita..
Sesungguh kehadiran dajjal itu pasti...Hari ini aku nk tanya semua, berapa byk orang Islam sudah murtad?..berapa orang tidak percaya pada agama?...Berapa banyak agama baru muncul?...Berapa banyak?..wahai teman, jwb wahai teman...
Wahai teman muslimin, lihatlah keliling mu.....Carilah apa erti hidup mu....Jangan suatu ketika anda lalai...
~Ini bukan suatu konteks untuk kita beremosi, ini adalah suatu konteks yang perlu kita fikir bersama~
~Bangkitkan panji-panji ISLAM!!!~
aku akan kongsikan cerita tentang dajjal pda msa akan datang, insyallah..
wslm
Subscribe to:
Comments (Atom)
